Khamis, 7 Mei 2015

Apa Salah Myvi?

Harap cerita myvi sudah reda. Harap semua mengambil iktibar untuk tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba.
  

Apa yang saya cuba sampaikan adalah sikap masyarakat kita. Sikap yang bagaimana? Suka maki hamun dan bertindak di luar batas. 

Teruknya kita menghukum pesalah, buruknya sikap kita kepada mereka yang tidak terlibat.

Sedarlah, salah ke betul mereka di muka bumi ini kita yang biadap berkata-kata dan bertindak di luar batas, tidak terlepas dari hukuman Allah. Mereka mungkin di keji di atas muka bumi tapi perbuatan kita sekarang memungkinkan kita lebih tersiksa di sana kelak.

Simpati saya kepada anak-anak mangsa, yang berlumba, pemilik kereta myvi dan pengeluar kereta myvi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.