Sabtu, 4 April 2015

Sedap Patin Temerloh Sampai Tercekik Tulang, Apa Nak Buat?


Baru-baru ini saya ke Temerloh dan dijamu Ikan Patin Masak Tempoyak. Sedapnya :) Apasal patin tempat lain tak sesedap di sini.

Makan di malam hari dalam samar-samar sinar lampu saya tercekik tulang. Adoi!!! Potong stim la, orang tengah sedap makan. Malu pun ada. Makan berjemaah, yang makan bersama tahu saya tercekik dan cuba membantu! Terima kasih.

Jadinya adalah yang memberi petua. Kepal nasi dan telan. Sudah selalu dengar. Saya buat tapi tak jalan! Yang satu lagi petua, yang baru saya dengar dan cuba nak buat......orang kata, letak minyak masak di lubang bontot!!!! 

Berkesan ke? Yang pasti, 3 hari selepas itu, hilang dah tulang tuh. Mmmm.....berkesan ke petua letak minyak masak tuh? Saya tak pasti sebab pengalaman saya dalam bab tercekik tulang, memang akan hilang dengan sendirinya. Lagipun saya letak minyak masak hanya 2 kali. Kali pertama macam calit jer, kali kedua barulah betul-betul sapu kat situ!

Jadi sesiapa yang tercekik tulang, bolehlah cuba petua minyak masak ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.