Jumaat, 3 April 2015

Saya Bayar Sekiranya Jumpa Kucing Saya!



Belek-belek Facebook, jumpa ini. Yang nak bayar RM1,000, kucingnya baka baik.  Yang sanggup nak bayar RM10,000 tu, macam baka biasa saja. Kalau dah sayang, sanggup cari di mana saja, sanggup buat apa saja.

Kucing kami juga pernah hilang. Kami cari :) Ada yang jumpa, ada yang tidak. Tapi idaklah sampai nak reward. Ada sekali, mama pi jumpa bomoh aka orang yang boleh menengok :) sebab sayang sangat kat kucing tuh. Kata bomoh tersebut kucing tersebut diambil orang semasa sedang lepak di pagar rumah. Mama memang nak tau sapa yang ambil dan memang nak balik kucing tuh tapi biasalah bomoh bukan boleh teropong semua. Redha saja.

Ada juga kucing kami yang merajuk :| Lari dok rumah jiran. Kami biarkan saja sekiranya nampak mereka lebih selesa di sana. Kami akan ambil semula sekiranya kucing kami tidak selesa atau kedatangan kucing kami di rumah jiran seperti tidak diundang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.