Selasa, 14 April 2015

Roti Putih Banggali, Kenangan Zaman Sekolah





Inilah lebih kurang rupanya roti putih yang menjadi bekal makanan saya semasa di sekolah rendah dulu. 

Pada setiap malam kecuali malam Sabtu & Ahad, encik Bai menaiki basikal akan menghantar roti ini ke rumah kami. Roti ini akan diselitkan di antara grill & pintu rumah. 40 sen untuk sebuku roti yang Abah akan bayar pada hujung bulan. Memasuki darjah 5, harga roti ini naik 10 sen.

Saya makan roti hampir setiap pagi. Saya jeling rakan-rakan saya yang dibekalkan kuih muih, meehoo goreng, nasi goreng & nasi lemak. Amat jarang sekali saya akal dibekalkan makanan sebegitu. Hari-hari roti yang disapu butter. 

Tak pernah saya mengeluh atau meminta dibekalkan yang lain apa lagi bertanya kenapa hari-hari roti. Bila Mama buat nasi lemak, saya happy sebab saya tahu saya akan dapat bawa bekal yang lain pada hari itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.