Jumaat, 3 April 2015

Pernah Ada Pengalaman Kucing Hilang Dijumpai Semula?

Saya terjumpa keratan ini di Facebook. Terus teringat salah seekor dari puluhan atau mungkin ratusan kucing yang pernah kami pelihara. Namanya Comel.

Si Comel ini diserahkan oleh rakan ibu saya kerana mereka berpindah. Semasa diserahkan Comel telah dewasa. 

Lama juga Comel bersama kami sebelum hilang. Puas menunggu dan mencari tapi tak jumpa. Kami 'assume' Comel mati :(

Makan tahun Comel hilang. Kalau tak silap saya, Comel hilang semasa saya baru melangkah ke sekolah menengah dan Comel kembali selepas saya tamat belajar.

Macam mana dia pulang? Comel datang ke rumah dan lepak dalam kawasan rumah kami. Pada masa itulah mama saya perasan itu Comel kami.

Benarkah itu Comel? Kalau bukan Comel masakan sekembalinya Comel, dia terus tinggal di rumah kami dan tidak ke mana-mana! 

Are you sure? 

Kami gelar Comel sebagai 'teleng'. Sebelum Comel diserahkan kepada kami Comel pernah dilanggar dan mengalami kecederaan di kepala. Bila berlari kepalanya akan bergoyang ke kiri dan kanan. Itu tanda-tanda yang kami yakin seratus peratus kucing itu Comel kami yang hilang dulu.

Kami happy sangat-sangat Comel balik. Tapi tak sampai sebulan, Comel pergi untuk selamannya. Mungkin Comel pulang untuk mati :'(  Comel pulang untuk melepaskan rindu kepada tuannya sebelum pergi buat selama-lamanya. 

Mungkin sepanjang Comel hilang, Comel tak ke mana, Comel dekat saja tapi Comel memerhatikan saja tuannya dari jauh! Mana tahu, Comel di ambil orang atau merajuk...ye lah rumah kami meriah dengan kucing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.