Jumaat, 3 April 2015

Goreng Pisang Sedap Di Seksyen 8 Shah Alam

Nak cari goreng pisang sedap? Di sini paling sedap. Lokasinya di Seksyen 8 Shah Alam, jalan menuju Taman Pertanian Shah Alam, berhampiran hentian bas, di kawasan pangsapuri, setentang dengan padang bola. Huh, boleh tahan penerangannya. Faham tak? Rasa-rasa dapat cari tak?

Dah lama dah pakcik ini berniaga di sini. Selain goreng pisang, ada keledek goreng, keropok lekor, jemput-jemput pisang dan kadang-kadang ada tauhu goreng. Air pun ada, selalunya 2 jenis. Air kelapa sentiasa ada. 

Menu terbaru goreng pisang cheese. Buat orang macam saya yang dah selalu dengan pisang goreng biasa, itu saja menu saya. Dulu pakcik ini pakai pisang abu sekarang pisang tanduk. Saya lebih suka pisang abu. Pernah tanya, mana perginya pisang abu? Katanya dah mahal dan bukan musim.  Bila bukan musim, rasanya kurang sedap.

Jalan-jalan Shah Alam, mailah singgah sini :)

 
Nampak tak harganya? RM2 dapat 5.

Ramai yang menunggu.

Banyak macam ni harganya RM6.

Ini lebih kurang saiznya. Nasib-nasib, ada yang tebal ada yang nipis, ada yang kecil. Tapi pakcik ni tak kedekut. Kalau kecik, dia kasi lebih. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.