Isnin, 23 Februari 2015

Resipi Laksa Penangku

Saya penggemar laksa :) Kalau hari raya, ini resipi wajib buat & wajib makan. Jika laksa ada. Saya tak pandang dah yang lain. 

Pada hari-hari bukan perayaan, tak rajin sangat nak buat sebab renyah nak perisi ikan. Yang di luar menjual pun, belum ada lagi tempat yang saya jumpa yang betul-betul citarasa saya. 

Saya suka masak ikut citarasa saya. Sebenarnya senang saja nak buat. Secara ringkas saya kongsi resipi Laksa Penang saya.

Bahan A
2 senduk nasi cili kering (sudah dikisarkan)
3 biji bawang merah
1 biji bawah putih
1 sudu besar udang kering
1 inci belacan
(Dikisar semua bahan dan rebus)

Bahan B
8 ekor ikan (saya campurkan ikan sardin & kembung)
2 keping asam keping
(Rebus ikan bersama asam keping. Asingkan ikan dengan tulang. Isinya tak perlu dikisar, hanya guna jari untuk hancurkan. Campurkan tulang ikan dengan air / air rebusan ikan dan kisarkan. Tapis untuk asingkan tulang dengan air kisar itu).

Bahan C
2 sudu besar asam jawa
Segenggam daun kesum (diambil daun saja)
Sekuntum bunga kantan (dipotong)
Garam secukup rasa

Bahan D
Laksa
(Saya suka pakai laksa yang dicelur saja. Cepat sikit. Nak pakai laksa kering kena rendam dulu semalaman sebelum direbus. Kami di kampung sudah mula menggunakan laksa kering yang halus, sebab tak perlu rendam, boleh terus rebus).

Campurkan bahan A & B. Rebus lagi dan masukkan bahan C. 




Saya ini jenis suka makan laksa kosong, maksud saya tak letak bawang, timun & lain-lain. Kalau saya nak letak pun hanya daun salad sahaja. Macam-macam letak...meriah sangat, nanti hilang nikmat rasa kuah laksa itu ;)


Mudahkan ;) Selamat mencuba.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.