Rabu, 7 Januari 2015

Menanti Sinar



Dua hari yang lepas, saya bersembang dengan seorang pendatang yang pada mulanya mengaku dirinya berasal dari Sabah. 

Saya ada sedikit syak berkenaan warganegaranya, kerana dari segi percakapan bukan seperti orang Sabah. Mustahil, jika bersekolah di Sabah tetapi loghatnya macam orang seberang. Saya tanya sama ada dia orang Sulu. Katanya tidak, tapi di akhir perbualan barulah mengakui yang dirinya berbangsa Sulu.

Sedih melihat orang yang seagama dengan kita terpaksa melalui hidup yang sukar di negara sendiri sehingga terpaksa datang ke sini untuk bekerja. Beliau tidak habis belajar di universiti dek kesempitan hidup.

Datang ke Sabah secara sah melalui ejen untuk bekerja. Kemudian melalui fasa hitam. Di jual beberapa kali sehingga tercampak ke Semenanjung dengan tiada dokumen peribadi.

Di Semenanjung, bertemu gadis idaman dan mahu berkahwin. Nasihat saya, uruskan dulu dokumen peribadi.

Kini berlepas pulang ke Filipina untuk mendapatkan kembali pasport. Saya doakan beliau selamat sampai di negaranya. 


# image dari carian di google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.