Jumaat, 2 Januari 2015

Mampukah Kita?

Akibat lambat bertindak, marah menyala
Melihat binasa yang besar, sedih tak terkata

Kecewa dengan tindakan yang lambat
Buat diri terfikir...
Andaikata diserang, mampukah kita menang? Mampukah kita bertahan? Mampukah kita bangkit menyerang?

Kecewa bukan atas satu perkara saja
Tapi atas beberapa isu yang ditangani dengan kurang cekap

Manakah kami dimatamu?

Mengapa, mengapa?

Kami tidak menunding jari...
Kami tidak menyalahkan orang lain....
Jauh sekali menyalahkan takdir!  
Kami bersyukur....
Tetapi kecewa....kekecewaan yang telah lama bersarang!
Dek mengurusan yang kurang cekap
Dek nikmat yang diwar warkan tetapi kami tidak rasai

Kamu tak mampu untuk menangkan semua pihak
Kami faham...
Kami mengerti...
Tetapi pandanglah semua pada taraf yang sama

Pandanglah dengan pandangan matahatimu bukan dengan kata-kata
Bertindaklah dengan kudrat dan akal yang pantas serta cekap bukan pada kata-kata
 
Letaklah kasihan dan simpati itu pada tempat yang sepatutnya
Beranggapan semua baik adalah terbaik tetapi letaklah syak dalam diri untuk melindungi yang sepatutnya dilindungi dan dipelihara

Masih bermain di fikiran...
Mampukah kita? 
Mampukah kita menang?
Mampukah kita bertahan?
Mampukah kita bangkit menyerang?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.