Ahad, 4 Januari 2015

Bila Anak Gadis Tekad Mahu Mengikut Teman Lelaki

Apabila anda mendapat pesanan ringkas melalui whatsaap, anak perempuan anda meminta kebenaran untuk mengikut teman lelaki, balik ke kampung halaman yang nun jauh! Apa perasaan anda dan apa yang anda harus lakukan?

Inilah yang dialami oleh seseorang yang rapat dengan saya. Semestinya jawapannya tidak. Kita dengar cerita, baca di suratkhabar & berita di TV yang anak muda lari ikut jantan seberang, kali ini betul-betul jadi depan mata!

Darah muda, kata tidak dia akan buat jugak. Dah cinta namanya!

Sebagai seorang yang dewasa, kita dah boleh agak apa yang akan terjadi kepada masa depannya. Tetapi mahukah si anak muda mengerti?

Ringan saja mulut saya nak kata, biarkan saja dia pergi. Sebelum dia melangkah pergi terangkan keadaan dan si anak harus bertanggungjawab atas keputusannya sendiri. Tetapi sebagai ibubapa, sanggupkah kita membiarkan anak gadis mengikut teman lelaki?

Si anak sudah uruskan pasport, jika 'tidak' juga dari kedua ibubapa, si anak akan buat juga. Orang sana berlumba-lumba nak ke sini untuk bekerja, si anak mahu ke sana.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.