Sabtu, 3 Januari 2015

Banjir di Pantai Timur - Manusia oh Manusia

Menurut rakan saya di Kelantan, 80% Kelantan ditenggelami air. Air naik begitu cepat. Kawasan yang tak pernah tenggelam pun dilimpahi air. Terputus bekalan elektrik, air dan juga sumber makanan. Nak isi minyak kereta, nak keluar pun tak boleh....petrol pump pun tenggelam, ATM kehabisan duit.

Bencana oh bencana. Keadaannya panik! Barang keperluan naik harga, dari RM2 jadi RM7. Yang terdesak, kedai pun dipecahkan untuk mencari makanan. Selepas banjir surut, rumah yang terlibat....bau hanyir dan busuk dek lumpur. Ada yang rumah entah ke mana!

Para cikgu, tugusan sedang menunggu. Sekolah perlu dibersihkan. Ini keadaan di sebuah sekolah.

Yang mengambil kesempatan pun ada! Sedikit pengacau yang mengacau. Keseluruhannya, kita warga yang prihatin atas kesulitan rakan-rakan kita di sana. 

Antara pengacau......jika terjumpa khemah yang didirikan di tepi jalan, hati-hati kerana ini belum tentu NGO yang bertanggungjawab untuk mengagihkan barang-barang kepada mangsa. Masuklah ke kawasan yang terjejas dan agihlah barang itu sendiri. Ini pula, jika benar minyak disimbah ke jalan....manusia oh manusia, ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.