Isnin, 10 November 2014

Susahnya Jadi 'Customer Service' !

Sebentar tadi saya telefon Celcom Customer Service. Untuk panggilan hari ini, jika hendak saya bagi markah 1 ke 10, saya akan bagi 1. Hancusss....!

Tekan 1111, hendak bercakap dengan Customer Service kena charge RM0.50. Dapat bercakap, Customer Service kata 'saya incharge prepaid, line Puan postpaid kena telefon number ini 03-36308888'. 

Saya telefon nombor yang diberi. 'Ini untuk prepaid, Puan telefon 1111'. Saya dah panas! Saya kata 'saya diminta untuk call nombor ini, saya dah call 1111'! 'Ok ok, saya transfer kan puan pada bahagian 'postpaid'.

Tunggu punya tunggu...'ya Puan,'. Saya pun cerita apa masalah saya. Kemudian saya kena tunggu lama juga....Customer Service tu cakap 'Puan boleh restart balik semua, kalau tak ok juga, boleh telefon kami semula, kami akan sambungkan ke bahagian teknikal'. Tak sempat nak cakap apa.

Kenapa tak boleh tunggu? Tunggu sehingga saya restart semuanya. Kalau tak ok, terus saja dia boleh sambung ke bahagian teknikal. 

Selepas saya restart semuanya, tak ok juga! Tak der hati nak telefon balik. Bukan nak berkira RM0.50 setiap kali bercakap dengan Customer Service tapi cara mereka. Rasa tak berbaloi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.