Sabtu, 1 November 2014

Singgah Makan Nasi Campur di Restoran Roda, Batu Belah, Klang




Seperti sudah menjadi aktiviti bulanan, saya ke sini mencari nasi campur;)
Lauk pauknya biasa saja tetapi harganya berpatutan.

Lauk tengahari saya tadi....nasi separuh, sayur bayam, ayam masak lemak dan paru goreng cili hanya RM6.20.



Difahamkan restoran ini telah lama beroperasi, lebih dari 20 tahun. Tutup pada hari Ahad, pada hari biasa dibuka dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang.


Restoran ini terletak berdekatan dengan Petronas Batu Belah. Jika dari tol Bukit Raja, terus saja. Lebih kurang 3 km, nampak Petronas disebelah kiri, atas sikit jer..restoran tu terletak di sebelah kanan jalan.
  

Jemput singgah ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.