Selasa, 4 November 2014

Segelas Teh Tarik Seribu Makna



Pekena segelas teh tarik tengah malam tadi. Tak rancang pun. Ketika melepasi sebuah restoran yang saya suka teh tariknya, ringan mulut cakap...jom lepak! Apa lagi, kami pun berpatah balik.

Seorang pelajar penggajian tinggi yang kebetulan bersama kami 'meluahkan perasaan' akan beban yang dia tanggung selama ini, iaitu :

1. Tekanan belajar
2. Tekanan praktikal
3. Tekanan nak menyiapkan kertas kerja praktikal
4. Kekangan kewangan
5. Tiada rehat, terpaksa bekerja hujung minggu.
6. Masalah keluarga

Punca kenapa dia terbeban yang saya nampak lebih kepada 'masalah keluarga'. Dia kata dia tak der tempat bergantung. Sebagai anak sulung, bebannya berat. Komunikasi dengan keluarga pun tak baik (biasalah remaja tengah naik), asal buka mulut nak berperang saja....dia merasakan semua yang dirumah is against him. Dia juga nampak 'punca' kepada segala masalah ini adalah wang.


Saya ringkaskan perbualan saya seperti di bawah...

Saya kata.....
'Kalau dah terlalu banyak sangat ion negatif di rumah itu yang awak rasa, lebih baik keluar dan menyewa di tempat lain'


Dia kata....

'Kesiankan mak bapak dan adik-adik. Lagipun keadaan kewangan yang agak ketat tidak membolehkannya menyewa di tempat lain'


Saya kata....

'Jika rasa nak juga tinggal di situ, jalan yang terbaik ialah kena belajar untuk 'melepaskan diri' dari bebanan tersebut. Bagaimana? Dengan banyak beristifar'

'Awak melalu 'fasa' kehidupan dan kematangan yang remaja lain juga lalui, cuma jalan ceritanya yang berbeza.  Awak kena boleh lepaskan diri dari semua itu. Bila awak boleh lakukan maknanya awak berjaya. Selepas awak berjaya lalui, awak akan berada pada fasa lain yang lain pula dugaannya. Sekarang ini awak kena banyak bersabar dan berserah pada Tuhan'


Lain-lain lagi input saya...

'Duit bukan penyelesaian kepada semua masalah'
'Duit kena cari'
'Jangan persoalankan tindakan orang, terima keadaan orang tak sama dengan kita'
'Jangan kisah apa orang nak kata, fikir yang terbaik untuk diri kita'
'Jangan nampak tak betul orang pada kita'
'Don't create an argument with your family, tak guna menang jika tidak menyelesaikan masalah'
'Cuba lihat hikmah disebalik setiap dugaan yang Tuhan beri pada kita'


Sebelum masing-masing pulang....beliau sempat berkata kepada rakan saya, 'bagus kalau dapat jumpa dan bercerita macam ni' :)

Jika dia merasa 'lega', syukur saya panjangkan kepada Tuhan. Itu saja yang mampu saya bantu. Saya percaya dia akan berjaya dalam hidupnya. Jika dia perlu lagi 'sesi teh tarik', insya Allah...saya tiada masalah untuk meluangkan masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.