Ahad, 2 November 2014

Sedap Rupanya Roti Canai Pisang


Pertama kali mencuba, baruku tahu enak roti canai pisang :) Sudah biasa dengan roti canai kosong dan roti canai telur....mencuba yang ini rasa was was, hidangan dah di depan mata, berkerut muka, masuk mulut........yummy!!! Pisang dipotong nipis dan bulat, ditabur gula dan diletakkan dalam roti canai dah di masak. Yang bezanya, makan roti canai lain, boleh makan dengan kari, parpu atau sambal tapi roti canai pisang kena makan dia saja, saya tak boleh masuk dengan parpu bagai. Jemput :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.