Khamis, 6 November 2014

Peminat Misteri

Aku ada peminat misteri? Siapa yang memerhatikan aku?

Ini yang aku terima, yang diletakkan dalam mail box rumah aku! Aku tanya jiran-jiran, tak der sorang pun yang dapat! 
Dalam setiap ang pow ini ada sebiji gula-gula. Ada 6 paket ang pow semuanya. 



Seminggu selepas itu aku terima lagi!
Ini dia! Satu sampul surat dengan 3 biji gula-gula!



Aku pi keluar kerja tak der apa-apa dalam mail box aku. Aku balik kerja dah ada! 

Aku dah seram! Apa perlu aku buat? Telefon kawan sana sini mintak pendapat!

Kesudahannya aku buat report polis! Polis kat balai tanya aku, ada sesiapa yang awak kenal atau tidak yang suka call atau sms awak? Saya kata ada...jiran saya dulu tapi sekarang dah pindah.Kalau dia sms pun sekadar bertanya khabar!

Soalan yang wat aku tergamam.....boleh pulak polis tanya aku, kenapa nak buat report polis? Tak tau la kalau dia sekadar nak melawak!

Tindakan susulan dari pihak polis....awak balik dulu, kami akan tingkatkan rodaan di tempat awak. 

Yang saya heran, selepas buat report polis....saya dah tak terima benda-benda macam ni lagi! Siapakah yang memerhatikan aku!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.