Rabu, 12 November 2014

Nak Cukupkan Kuota & Korum

Saya mendapat tahu seseorang yang saya kenal nak cukupkan kuota. Upacara merisik bakal berlangsung ;) Melalui rakan saya beliau menjemput saya ke majlis merisik, katanya nak cukupkan korum.

Tidak menjadi suatu yang menghairankan kerana dari dulu lagi memang beliau sudah simpan niat nak cukupkan kuota. Antara topik yang akan keluar setiap kali berkesempatan lepak bersama adalah cukupkan kuota. Yang ke 2 hingga ke 4 cepat saja....selang berapa tahun saja. Dengan yang pertama...lama kemudian baru beliau cari nombor 2!

Bahagianya hidup, petik jari ramai yang datang. Almaklumlah poket penuh. Nak cukup korum makan, call saja, ramai saja yang berkelapangan. Sebab semua tahu, beliau akan belanja makan tempat yang mewah. Buat mereka yang suka menghimpit orang berduit dipersilakan. Sambil makan tu layan saja ceritanya yang lebih ke arah hartanya.

Buat sahabat yang beliau percaya, beliau boleh arahkan ke kondo atau lain-lain hartanya. Dan ceritanya tetap sama iaitu hartanya. 

Masih mencari yang lainkah bila kuota sudah penuh? Beliau kisah ke korum tak cukup? TAK, sebab hartanya boleh beli KUOTA & KORUM :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.