Jumaat, 7 November 2014

Muslim Lebih Tension di IPTA ?

Pada satu hari ketua saya (x bos) sembang dengan saya berkaitan alam U. My x bos bukan beragama Islam tetapi beliau bekas pelajar IPTA.

Beliau berkata, I rasakan.....

Menjadi seorang Muslim di IPTA ada lebih tension berbanding penganut agama lain. Pakaian pun boleh jadi isu.

Saya terdiam. Tetapi apa yang dia cakap ada kebenarannya. Saya cuba ingat balik peristiwa yang pernah berlaku pada saya. Sebenarnya ia bermula semasa di sekolah menengah lagi. Antaranya :

1. Semasa di tingkatan 2, saya dan beberapa rakan saya pernah dipanggil oleh ustaz kerana tidak memakai tudung pada bulan Ramadan. Ustaz tersebut meminta ibubapa memberi surat tunjuk sebab kenapa kami tidak bertudung. 

2.Semasa di tingkatan 4, saya selalu menjadi bahan sindiran oleh guru yang bertudung labuh (bukan ustazah). Dalam kelas saya, hanya saya seorang tidak bertudung.

3. Semasa di IPTA, saya pernah dipanggil oleh senior kerana berkain belah ke dewan makan.

4. Di IPTA juga, saya pernah disindir oleh seorang pensyarah kerana gambar di kad pelajar, saya bertudung yang jambulnya terkeluar.

Lain-lain yang berlaku, kalau ada acara keagamaan, pelajar dipaksa untuk hadir. Ada dikalangan rakan saya yang 'belajar untuk lock kan diri dalam almari pakaian'. Setiap kali ada aktiviti, mereka akan menyorok dalam almari. Rakan-rakan saya gagal dikesan oleh mereka yang membuat pemeriksaan di hostel ;) 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.