Ahad, 9 November 2014

Mee Bodoh Tengkera

Kalau ke Melaka, mesti nak penuhkan perut. Sarapan saja ada 2 ke 3 tempat menarik.

Tengok menu, biasa saja. Tapi crowd, tak yah cakap la. 

Tempat yang saya makan ni menyediakan sarapan saja dari pukul 7 pagi ke 11 pagi, dikenali dengan nama 'Mee Bodoh Tengkera'.

Saya bukan nak kasi nama mee bodoh pada tempat ni tapi memang dikenali dengan nama 'Mee Bodoh Tengkera'. Sampai Tengkera, cakap saja nak cari mee bodoh, ramai yang tahu. 

Sebab apa orang kata 'bodoh'? Kosong saja mee. Customer, jangan cakap lah, ramai! Ada yang makan sampai 2 pinggan.

Mee yang digoreng dengan sambal tumis dan diletak taugeh. Bila diaorang serve memang dah sejuk.

Ini rupanya bila diaorang hantar ke meja kita. 

Nak telur mata kena beratur ambil sendiri. Telur matanya digoreng dengan minyak sambal tumis.

Nak lebih rasa....atas meja disediakan kicap dan cuka, jadi taruk sendiri.


Ini dia saya makan. Dan saya makan sampai licin.



Jap, jap ye. Masa saya nak makan, saya gaul semua sekali dan letak kicap dan cuka. Macam ni rupanya.


Menu lain? Nasi lemak.

Rata-rata yang datang mencari mee bodoh, nasi lemak sampingan saja.
Apa lagi.....jom singgah! Kita pekena mee bodoh :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.