Khamis, 6 November 2014

Makin Maju Dunia, Makin Tak Bertamadun Umat !



Dek kerana curi motorsikal dia dibogelkan? Kenapa perlu budak ini diaibkan?
Inilah manusia....suka menghukum! Kalau nak menghukum bukan ini caranya!

Nak menghukum pun jagalah maruah orang. Macam la diri sendiri tak dak dosa langsung. Kang budak ni doa kat Tuhan dan Tuhan makbulkan. Korang tanggung la di akhirat! 
 
Saya bukan nak bela pencuri! Mencuri tetap salah. Yang saya persoalkan tindakan orang yang berada di tempat kejadian.

Kenapa biarkan orang ramai rakam gambar? Yang dok berkerumun tu, kenapa tak meleraikan dengan cari berhemah? Halang dari membogelkan budak ni, halang dari biar gambar dirakamkan? Mana peranan hidup bermasyarakat?

Bila gambar dah tersebar, macam-macam komen maki hamun baik yang menyokong tindakan atau tidak. Kesudahannya sebab berlainan pendapat dah bertelagah! Nak komen biarlah beradab.

Cuba tengok kisah-kisah di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Adakan pengikutnya yang taat pernah jadi sejahat-jahat manusia, antaranya pernah tanam anak hidup-hidup! Nabi kita s.a.w tak pulak mengaibkan orang ini!

Agama bukan setakat sembahyang, puasa, zakat. Lebih dari itu ok. Mana amalan kita. Mana ajaran dalam Al-Quran yang kita praktikan dalam hidup! Tuhan turun Al-Quran bercakap pasal hukum bukan suruh kita hukum orang membuta tuli.

Apa masalahnya tangkap budak ni dan bawak pi balai...biar polis yang buat keputusan. Tolong ya, nak bertindak fikir dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.