Sabtu, 15 November 2014

Kisah di Sebuah Pekan Kecil

Jodoh saya di sebuah pekan kecil itu tidak lama. Di pekan kecil itu saya berkenalan dengan sekumpulan penduduk yang punya cara yang lain dari saya.

Pada peringkat awal saya agak tidak selesa tetapi saya terima keadaan yang manusia tidak sama. Apa yang membuat saya tidak selesa ialah cara mereka yang suka menjaga tepi kain orang dan membawa mulut.

Saya ke sana membawa diri saya sendiri, kurang bergaul dengan orang ramai, buat hal sendiri, tidak terlibat dengan orang yang suka bercerita hal orang lain, bercakap bila perlu sahaja. Yang pasti saya murah senyuman. 

Kadang kala saya hairan, bagaimana saya tidak pernah bercerita apa-apa pun tetapi mereka sudah tahu. Mereka juga suka bertanya hal peribadi dan bercerita hal orang lain.

Baru-baru ini rakan saya telah ke pekan kecil itu. Rakan saya menyampaikan pada saya, kisah mereka masih sama iaitu menjaga tepi kain orang dan membawa mulut.

Saya cuba mendidik diri saya supaya tidak punya sebarang persepsi negatif terhadap mereka. Siapalah saya untuk menilai orang lain, diri sendiri pun banyak kelemahan. Saya anggap mereka prihatin terhadap rakan-rakan yang mereka kenali. Itulah budaya di pekan kecil itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.