Selasa, 4 November 2014

Kerana Duit !

Semalam ada yang datang bercerita tentang masalah orang yang paling utama iaitu 'tak cukup duit'. Keluh kesah sehingga mengungkapkan kata-kata yang tak sepatutnya! Perkataan yang keluar lebih banyak negatif dari positif.


Pandangan saya....

Jika tertekan, tarik nafas dalam-dalam dan istifar banyak-banyak! 
Fokus pada penyelesaian / jalan keluar bukan pada masalah.
Carilah pekerjaan untuk menampung 'tak cukup' itu, apa saja pekerjaan yang halal rezekinya. 
Tidak rendah darjat sesuatu pekerjaan. Pangkat hanya ukuran manusia.
Status? Biarlah orang nak kata apa, janji kita ikhtiar untuk kehidupan yang lebih baik.
Jika tak mampu nak cari pekerjaan untuk memenuhi yang 'tak cukup' itu, ubahlah cara berbelanja kita.
Jika tak mampu juga untuk ubah cara berbelanja kita, sekurang-kurangnya ubahlah cara kita berfikir!

Masih ramaikah yang beranggapan duit boleh beli kebahagiaan?
Duit boleh beli keselesaan bukan kebahagiaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.