Sabtu, 29 November 2014

Kenapa Perlu Disebut Lagi?

Alkisah, peristiwa 20 tahun lalu disebut kembali oleh yang empunya badan.

Diceritakan seorang wanita cantik yang pandai dan berpendidikan tinggi dari kalangan orang kebanyakkan, telah beroleh kesenangan yang amat luar biasa kerana hubungannya yang akrab dengan ketua suaminya. Suaminya juga diberi jawatan yang baik dan banyak kemudahan hasil hubungan yang akrab ini.

Dalam tempoh masa yang singkat, mereka menjadi 'orang senang'. Apabila sudah senang, mulalah terbit riak dan bermewah-mewahan sehingga 'terlena' seketika. Kemewahan itu bukan hanya pada mereka suami isteri tetapi turut dinikmati oleh keluarga mereka.

Dek kerana 'lena' ini sudah melampau, maka Tuhan menurunkan ujian yang besar kepada keluarga ini. Maruah mereka diusik dan ia mengaibkan. Pekerjaan suaminya tidak seperti dulu tetapi kekayaan yang berjaya dikumpul semasa memegang jawatan dulu telah membolehkan mereka hidup senang sehingga sekarang.

Dan kini, wanita ini menyebut kembali kisah lama itu setelah suaminya memegang jawatan besar. Cara penceritaan seperti dirinya dulu mangsa.
 
Kisah itu sudah lama berlalu, kenapa perlu di sebut lagi? Bukankah sudah peroleh kemewahan? Salahkan Tuhan menurunkan sedikit ujian? Bukankan ujian itu sebab kelalaian sendiri? Sedarkah, semasa mewah.....anda lalai, anda riak & kesenangan itu tidak akan diperolehi jika tiada hubungan akrab itu?

Sudah-sudahlah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.