Sabtu, 8 November 2014

Kata-Kata Adalah Doa

 
Sejak dari kecil, ibunya tanam dalam diri anak-anak, 'nak kaya kahwin dengan anak orang kaya'. Ibunya kerap berkata begini kepada anak-anak.

Ia meresap ke dalam diri anak itu.
Semasa di alam persekolahan, anaknya kata, 'nanti besar nak kahwin dengan orang kaya sebab boleh bawak kereta Porsche'

Terbukti ia menjadi kenyataan.
Anaknya didatangi anak orang kaya dan mereka berkahwin.

Tetapi

Setelah sekian lama berkahwin, mereka tidak dikurniakan anak. Mereka mengambil anak angkat.

Tuhan itu Maha Pemurah, Maha Adil, Maha Berkuasa
Tuhan memberi apa yang ibunya impikan.
Kata-kata ibunya adalah doa.


#secebis kisah benar masyarakat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.