Rabu, 19 November 2014

Cerita Babysitter vs Cerita Ibubapa

Kebetulan saya ada rakan yang mengusahakan Home Based Babysitter (registered), saya kongsi cerita rakan-rakan saya iaitu ibubapa & babysitter. Lebih 3 tahun rakan saya ini mengusahakan Home Based Babysitter. Anak-anak jagaanya lebih dari 10 orang. Ada lagi ibubapa nak hantar tetapi dia terpaksa tolak.



Anak diberi ubat batuk untuk mudah dijaga.

Ibubapa
Anak aku bila aku ambik, baik saja. Balik rumah tak banyak ragam, tak main dan senang tidur. Tuhan nak tunjuk, satu hari aku perasan lidah anak aku ada kesan warna hijau, aku bawak ke klinik, sah anak aku di beri ubat batuk. Ya Allah, Tuhan saja yang tau apa aku rasa. Terus aku tukar anak aku ke tempat lain. Tak lama selepas tu, aku dapat tahu Taska tu tutup. Baguslah, buat lagi kat anak aku!

Babysitter
Kami ada dengar. Tempat yang macam inilah yang menjejaskan nama baik dan periuk nasi kami.


Anak dibaringkan atas lantai ketika mandi.

Ibubapa
Satu hari aku tergerak nak pi tengok anak aku, sedih aku tengok, anak aku belum 5 bulan, diaorang boleh letak atas lantai masa mandi.


Babysitter
Kami sediakan tempat. Kalau ikut cara orang lama, diaorang lapik dengan kain batik, kemudian diaorang baringkan bayi.


Kongsi toiletries.

Ibubapa
Tak sampai sebulan, habis mandian anak aku. Mana tahan kalau setiap bulan kena beli. Rupanya mandian anak aku dikongsi dengan semua anak-anak lain di situ.

Babysitter
Saya sediakan semua. Siap bagitau parents, tak perlu bawa melainkan diaorang nak anak diaorang pakai yang sendiri punya. Babysitter yang tak sediakan, ibubapa sediakan beg untuk keperluan peribadi anak-anak. Seorang anak punya barang kami tak kongsi untuk semua. 


Makan ikan bilis.

Ibubapa
Diaorang selalu bagi makan nasi dengan ikan bilis. Aku nak kata apa, aku bergantung kepada diaorang nak jaga anak, aku kerja.

Babysitter
Ikan bilis mahal beb, jarang kami nak bagi. Ikan sebelum letak dalam pinggan anak-anak, kami dah perisi, nak bagi ikan kecik pun jarang sebab susah nak perisi.  Ko jangan nak percaya sangat budak umur 3 ke 5 tahun, diaorang kekadang suka menipu.


Makan telur goreng dengan kicap.

Ibubapa
Anak dekat tempat jagaan selalu diberi makan telur goreng dengan kicap.

Babysitter
Itu kalau budget dah ciput sangat, memang kami bagi telur goreng dengan kicap tetapi bukan hari-hari. Hujung bulan adalah sekali dua saja.



Kebetulan rakan saya add saya dalam group babysitter di Facebook, saya sertakan keluahan babysitter.

Anak sakit.
Parents tahu anak sakit tapi masih hantar anak ke pusat jagaan. Siap ada yang deman campak. Parents tahu deman campak boleh berjangkit! Parents tolonglah faham, jaga anak-anak ini periuk nasi kami! Apa kata parents lain kalau anak diaorang selalu sakit semasa bawah jagaan kami!

Ada masanya kami telefon parents berkali-kali bagitahu anak diaorang tak sihat dan minta ambil dengan segera. Tapi ada parents asyik tangguh untuk mengambil anak mereka. Ada kalanya anak muntah / cirit birit hampir 10 kali. Parents boleh fikir tak yang kami juga ada anak-anak lain yang perlu perhatian kami. Mana kami nak jaga yang sakit, nak cuci muntah / berak mereka dan nak jaga anak-anak lain!

Makan dalam kereta tak habis, bawa ke Pusat Jagaan.
Kami dah pesan berkali-kali pada parents, jajan tak habis, tinggal saja dalam kereta jangan di bawa ke tempat kami. Ini makan tak habis, bawa ke tempat jagaan, habis anak-anak lain pun nak. Tak ke boleh bertolak tarik budak-budak ni. Kalau nak makan juga jajan, bawa sekali untuk semua anak-anak di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.