Jumaat, 28 November 2014

Besarnya Dakwah Mereka

Kali ini saya kongsi perbualan rakan saya dengan seseorang, yang pernah menjadi ahli kepada kumpulan agama yang telah diharamkan di Malaysia. 

Dikatakan di sebuah kawasan itu dipenuhi dengan rumah urut, rumah pelacuran & kegiatan kongsi gelap. Maka ketua kumpulan itu telah mencadangkan supaya salah satu perniagaan mereka beroperasi di situ. Sewa bulanan di kawasan itu agak mahal, iaitu RM50,000 sebulan. 

Ahli tertinggi kumpulan itu ada yang berbelah bagi dengan keputusan ketua mereka tetapi mereka turuti kehendak ketua mereka. 

Perniagaan di situ sudah menjangkau 6 tahun dan tidak membawa keuntungan, bahkan merugikan kerana sewa yang mahal. Disebabkan kumpulan itu ada banyak perniagaan yang lain, kerugian perniagaan di situ di tampung oleh perniagaan yang lain.

Berkat sabar dan niat kerana Tuhan satu per satu  rumah urut, rumah pelacuran dan kegiatan kongsi gelap 'hilang' di kawasan itu.

Mereka bukan berdakwah dengan orang-orang di situ tetapi berkat solat & zikir pekerja di perniagaan di situ membuatkan kawasan itu menjadi 'panas' bagi perniagaan lain yang haram di situ.

Semoga usaha kumpulan itu untuk berdakwah cara mereka diberkatiNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.