Isnin, 10 November 2014

Antara Rakan & Harta

Antara rakan dan harta, mana satu pilihan kita?
Harta itu cabaran & dugaan bagi kita.
Ada lagikah manusia di zaman sekarang yang memilih untuk mempertahankan maruah rakan dari harta? Sukar kan?
Sedangkan kerana pangkat pun orang sanggup buat apa saja.

Dapat rakan yang ok, dia luahkan rasa simpati, minta kita berdoa atau dia berkata akan mendoakan untuk kita ;) Kena yang kurang ok, dia buat bodoh saja, kena yang kurang ajar dia letak perencah banyak!

Tetapi untuk dapat seorang rakan yang benar-benar boleh bersama kita saat senang dan susah....ada ke? Kalau ada, berapa kerat?

Baru-baru ini saya berhadapan dengan 'business deal' yang amat tidak adil! Ikutkan saya boleh saman tetapi memikirkan rakan dan value business itu tidak besar, saya lupakan saja hasrat. Senang saja hidup....jika kita ini orang teraniaya, Tuhan ada untuk kita mengadu dan Tuhan saja yang mampu membalasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.