Rabu, 22 Oktober 2014

Sudah Kecoh Program 'Can I Touch A Dog' !




Apa 'berlaku' pada program ini? Sekadar dengar cerita orang, tengok gambar dan baca sikit sana sini. Yang pasti sudah kecoh! Negatif bunyinya. Macam nak menggalakkan orang Islam pegang anjing?! Iya ke??

Saya dibesarkan dalam keluarga yang suka binatang. Kucing, arnab, ikan, ayam, itik, angsa, burung....antara yang pernah kami pelihara.

Anjing? Ada anjing yang selalu menemani arwah datuk saya pergi dan balik kerja. Arwah datuk jaga anjing ini tetapi tidaklah sampai bawa masuk ke dalam rumah dan layan macam kucing....dipeluk dan dicium. Sekadar di luar rumah, beri makan dan teman sembang :)

Semasa saya kecil, ada anjing yang mama abah beri makan. Cerdik anjing ini. Bila mama kata 'stand' dia akan berdiri, 'shake hand' dia akan goyang-goyangkan kaki depan. Anjing ini selalu berulang alik dari rumah kami dan rumah rakan mama abah yang sama-sama menjaganya. Ada rancang nak ambil lesen tapi tak sempat sebab anjing ini kena tembak....nak bela anjing kan kena ada lesen. Menangis mama :(

Semasa saya di sekolah menengah pula, pada satu hari muncul seekor anak anjing di depan pintu rumah kami. Sakit dan terbaring saja. Kami pindahkan ke luar pagar rumah. Kami sediakan tempat untuk anak anjing ini berteduh dan diberi makan. Mama dah war war kan kepada rakan bukan Islam, kalau ada yang nak bela. Beberapa hari kemudian anak anjing ini mati di depan rumah. Kami balut dengan suratkhabar dan tanam di luar kawasan rumah. Kami samak lantai depan rumah kami. Tuhan Maha Besar! Mungkin kami samak lantai tak bersih, beberapa hari kemudian berlaku banjir lumpur. Belum pernah terjadi banjir lumpur di kawasan rumah kami.

Saya suka anjing! Jika tiada halangan agama seperti nak disamak dan sebagainya, memang saya akan pelihara anjing sebab anjing cerdik dan jaga tuannya. 

Berbalik kepada program 'Can I Touch A Dog', apa tujuan program ini diadakan? Jika nak 'educate' orang ramai tentang apa yang boleh dan tidak dalam bab sentuh dan pelihara...good! Tapi kalau nak menggalakkan orang untuk pegang anjing...better don't!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.