Selasa, 28 Oktober 2014

Iran aka Parsi

Secebis pengalamanku bersama manusia dari pelbagai bangsa.

Warga Iran kurang suka jika dikatakan mereka orang Arab! Ye, mereka bukan berbangsa Arab, mereka adalah orang Parsi.
 
Bekas guru saya, anak sulungnya berkahwin dengan orang Iran. Anaknya berkahwin ketika menuntut di luar negara. Sejak berkahwin tidak pernah pulang ke tanah air. Hanya selepas 15 tahun baru pulang ke tanah air. Kecewa seorang ibu....anak-anak yang lain tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana bimbang akan berkahwin dengan bangsa asing dan tidak pulang ke tanah air. Perkahwinan anaknya tidak kekal dan bercerai juga akhirnya.

Semasa saya kecil, pernah berjiran dengan orang Iran. Beliau adalah seorang doktor. Tinggal berseorangan. Tak banyak yang saya ketahui tentang dirinya kerana beliau tidak berkawan dengan jiran tetangga. 

Melangkah ke alam pekerjaan. 'Client' enggan menerima orang Iran bekerja untuk projek mereka kerana sikap orang Iran. Perkara ini tidak dimasukkan dalam kontrak tetapi hanya lisan kerana tidak mahu rasist. Syarikat kena ikut sebab ini adalah projek yang diberi oleh 'client'. 

Melihat rakan sepejabat berbangsa Iran makan pada bulan Ramadan...teringat kata rakan, diaorang ini ada yang lain sikit. Ok...saya tak bertanya kenapa.

Berkesempatan bersembang dengan seorang lagi orang Iran di pejabat. Ya. mereka kena bertudung jika di negara mereka tetapi di luar negara, mereka tidak semestinya memakai tudung. Sempat bertanya tentang agama, dia berkata.....'ibu bapa saya mengamalkan Islam, tetapi dalam Al-Quran ada mengatakan...kita boleh ikut atau tak, tiada paksaan....saya tak mengamalkan Islam'! Terkedu saya.

Seorang lagi berbangsa Iran yang telah menjadi warganegara Sweden. Beliau berkata, keluarga saya berpindah ke Sweden semasa saya kecil lagi kerana berlaku 'brain drain' semasa revolusi Islam di Iran. Saya tidak bertanya tentang agama yang beliau ikuti kerana beliau bakal berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam. Ya, ketika lahir anak sulungnya, ditunjuknya gereja tempat anak itu dibaptiskan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.