Jumaat, 31 Oktober 2014

Saidina Umar Kata.....

Jika perlu saya ulang 100 kali atau lebih, untuk kebaikan diri saya sendiri, saya akan....
Masa silam orang lain, yang baik kira ambil...yang buruk, siapalah kita untuk menilai, membawa mulut dan menghukum.
Usah bermuka-muka...
Usah membenci...
Sentiasa bersyukur pada Dia dan sentiasalah berdoa untuk Nabi kita, ahli keluarganya dan para sahabatnya.
Semoga hidup kita dilandasan yang diredhaiNya....Insya Allah.





Khamis, 30 Oktober 2014

Jom Singgah di Night Circle, Shah Alam

Restoran ini terletak di Seksyen 11, Shah Alam. Tengok tuh, ramainya orang datang singgah. Adakalanya kena tunggu untuk dapat duduk.

Menu yang menjadi pilihan saya di sini ialah bubur nasi :)
Ini ha, barang basahnya. Kita pilih dan mereka akan masak. Ada paru, ada daging, cendawan, ikan masin, ayam dan sebagainya.

Lauk pauk yang menjadi pilihan saya untuk dimakan bersama bubur nasi ini ialah paru goreng atau ayam goreng.Sayur pula...saya suka kangkung goreng belacan atau kailan ikan masin.

Kali ni saya singgah, saya nak cuba lain sikit ;)
Mmmm. sayur kangkung (menu biasa) dan lauknya....sotong kering goreng. Ni dia.....
Pelik pula rasa sotong kering digoreng cili ini....cilinya rasa macam sos siam. Lain kali tak mau makan ini dah ;)

Menu lain yang buat saya singgah sini ialah yong tau fu. Ini dia....Saya suka sup yong tau fu nya sebab terasa herbanya.

Konsepnya, mmmm....yang utama yang jual bubur. Yang lain, 'stall' di tepi restoran ini yang menjual seperti satay, car kuey teow, tauhu bakar, burger bakar, yong tau fu, keropok lekor.

Apa lagi! Jemput singgah :)

Rabu, 29 Oktober 2014

Kerana Aku Bukan....

Kerana aku bukan penulis buku
Kerana aku bukan penulis novel
Aku hanya menulis di blog ;) hanya pandai merapu di blog ;)

Ada dengar bekas rakan sepejabat saya dahulu menulis novel tetapi saya tak pernah baca novelnya.
Kalau ke kedai buku jarang sekali nak ke bahagian novel, kalau singgah pun cari novel untuk anak buah....dia cari novel Ain Maisarah saja :)

Semalam, tergerak hati nak belek novel yang ada di rak. Wah! Dah tiga buah novel dia tulis! Saya baca belakang buku...nak tau jugak cerita apa ;)
Kesimpulannya, ceritanya hampir sama...macam dalam kebanyakkan drama melayu di TV. Saya pulak jenis jarang tengok drama di TV, sebab tu saya tak minat baca novel ;)
Mesti ramai pengikut rakan saya itu...jika tidak, mana mungkin sampai tiga buah novel sudah diterbitkan.

Kalau saja tulis novel, ada ke yang nak baca? Hahaha....
Saya nak tulis apa? :(

Usah Lena dengan Pujian

Semua orang suka dipuji....jangan nafi
Semua orang suka dibodek...tolong jangan nafi

Ini senarionya...
Jika seseorang datang pada kita dan kata
'engkau nampak cantik hari ini'
'engkau nampak buruk hari ini'
Mana yang kita lebih suka dengar? Mestilah yang kata cantik!

Bila orang datang memuji / membodek, usah percaya 100%!
Sebab belum tentu orang itu benar-benar maksudkan!
Usah kembang, usah bangga, usah lalai!
Cepat-cepatlah ingat Allah...dan bersyukur kepada Allah!
Kerana yang baik datangnya dari Allah.

Selasa, 28 Oktober 2014

Ubat Batuk Terbaik



Prospan menjadi pilihan untuk merawat batuk yang saya alami. Saya serasi dengan ubat batuk ini ;) 

Kenal tubuh badan kita....serasi dengan saya belum tentu serasi dengan orang lain. Setakat ini, rakan-rakan saya boleh masuk dengan ubat ini....sembuh batuk mereka.

Mula kenal ubat batuk ini dari kakak saya. Doktor yang sarankan ubat batuk ini selepas lebih 2 bulan dia batuk tak baik-baik. 

Boleh didapati di kebanyakkan farmasi. Selamat mencuba :)


#gambar dari carian di google

Iran aka Parsi

Secebis pengalamanku bersama manusia dari pelbagai bangsa.

Warga Iran kurang suka jika dikatakan mereka orang Arab! Ye, mereka bukan berbangsa Arab, mereka adalah orang Parsi.
 
Bekas guru saya, anak sulungnya berkahwin dengan orang Iran. Anaknya berkahwin ketika menuntut di luar negara. Sejak berkahwin tidak pernah pulang ke tanah air. Hanya selepas 15 tahun baru pulang ke tanah air. Kecewa seorang ibu....anak-anak yang lain tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana bimbang akan berkahwin dengan bangsa asing dan tidak pulang ke tanah air. Perkahwinan anaknya tidak kekal dan bercerai juga akhirnya.

Semasa saya kecil, pernah berjiran dengan orang Iran. Beliau adalah seorang doktor. Tinggal berseorangan. Tak banyak yang saya ketahui tentang dirinya kerana beliau tidak berkawan dengan jiran tetangga. 

Melangkah ke alam pekerjaan. 'Client' enggan menerima orang Iran bekerja untuk projek mereka kerana sikap orang Iran. Perkara ini tidak dimasukkan dalam kontrak tetapi hanya lisan kerana tidak mahu rasist. Syarikat kena ikut sebab ini adalah projek yang diberi oleh 'client'. 

Melihat rakan sepejabat berbangsa Iran makan pada bulan Ramadan...teringat kata rakan, diaorang ini ada yang lain sikit. Ok...saya tak bertanya kenapa.

Berkesempatan bersembang dengan seorang lagi orang Iran di pejabat. Ya. mereka kena bertudung jika di negara mereka tetapi di luar negara, mereka tidak semestinya memakai tudung. Sempat bertanya tentang agama, dia berkata.....'ibu bapa saya mengamalkan Islam, tetapi dalam Al-Quran ada mengatakan...kita boleh ikut atau tak, tiada paksaan....saya tak mengamalkan Islam'! Terkedu saya.

Seorang lagi berbangsa Iran yang telah menjadi warganegara Sweden. Beliau berkata, keluarga saya berpindah ke Sweden semasa saya kecil lagi kerana berlaku 'brain drain' semasa revolusi Islam di Iran. Saya tidak bertanya tentang agama yang beliau ikuti kerana beliau bakal berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam. Ya, ketika lahir anak sulungnya, ditunjuknya gereja tempat anak itu dibaptiskan.




Maka Dia Pun Datang



Dia datang dah.... 
Kalau dia datang, dia mai redah jer!
Dialah penghibur, dialah pengacau! Terlebih cerdik pun dia. Selalu tak senang duduk! Ada saja akal.  Perangai ada sikit dengki. Pantang tengok mommy dia manjakan yang lain, terutamanya Suri, dia akan datang duduk paling dekat dengan kita! Mari angin tak ok, dia bantainya Suri! Tu yang mommy geram sangat! Gomok...gomok, my Snowy. Tak der dia sunyilah rumah ini...

Isnin, 27 Oktober 2014

Panggilan Tidur dari Anak-anak Bulus

Spider sedang memanggil tuh :) Panggil mommy dia, nak ajak tido, datang pada mommy dan himpit mommy...tolong sama-sama buat kerja mommy! Mommy ok saja...tapi kalau mommy tak nak berganjak....boleh naik boring Spider, dia mengalah dan beredar! Dia pun sama, mai angin tak nak layan mommy....mommy panggil, dia buat tak tahu!

Oppss, tu di belakang..si Simba sedang nyenyak tido! Kesian dia...sakit sinus dia menyerang! Hari ini ok sikit dari semalam. Get well soon sayang!

Mendengar Berpada-pada

Orang bercerita kita mendengar...
Jika tidak membawa kebaikan kepada kita, lebih baik jangan dengar
Kenapa?
Nanti terpengaruh dengan cerita...
Kalau tak terpengaruh pun, tambah dosa saja
Kalau yang didengar itu benda baik, Alhamdullilah, 
Kalau benda tak baik...cepat-cepat tukar topik atau mintak diri beredar
Jangan kita pi letak perencah
Dari nak letak perencah...
Lebih baik duduk diam-diam, fokus pada apa yang kita hendak dalam hidup ;)

Masukkan benda positif dalam telinga kita, bermakna kita masukkan juga dalam diri kita...
Elakkan benda negatif dari mencemar telinga kita kerana jika kita biar, ia akan masuk dalam diri kita....

Mana-mana pun OK, Janji Selesa :)

Selamat Malam...

'Cat Litter' Pilihan Kali Ini

Maaf ya, gambo kurang comel ;)


Saya baru mencuba ini, dari jenama Anglez. 2 pack RM36 saja (1 pack 10 liter). Qualiti setanding atau mmm....mungkin lebih baik dari Fussie & Goodie iaitu brand yang saya beli / guna sebelum ini untuk pasir berak anak-anak bulus saya. Tapi yang ni tak dak redeem k (fussie boleh redeem....10 pack / 'bar code' dapat 1 pack percuma).

Selamat mencuba :)

Ahad, 26 Oktober 2014

Mommy ! Jom Kita Tidur

Anak jantan penjaga mommy. Anak jantan perisai mommy. Inilah perisai mommy atas katil ;)
Sampai masanya...dia akan kacau mommy dia. Nak ajak tidor la tuh :)
My laptop jadi your bantal. Macam mana mommy nak buat kerja sayang.
Okehh lah mommy mengalah! Jom kita tidur!



Sabtu, 25 Oktober 2014

My Big Girl Snowy :)

 
Big fat girl ;) Sedap sikit bunyi 'gomok Snowy'!
Inilah anak bulus saya yang paling sihat. Saya tak risau sangat sebab dia kuat main, kuat makan, kuat minum dan kuat juga membuang.
Kalau badan macam ni tak rajin bergerak, boleh risau saya. Perut dia...labuh!!
Love you Snowy :)

Barang Luput Tarikh di Tesco :(

Lepas makan malam sebentar tadi, saya ke Tesco Shah Alam yang terletak berhampiran stadium dan MSU. 

Pusing mencari roti, yang nak tiada. Saya ke tempat frozen, nak beli air krim....teringat di rumah ada lagi, cancel. Dari jauh nampak kek, menarik! Belum pernah cuba nih...belek punya belek, tarikh? Tahun ni tahun apa ya? Sampai tengok kat handphone!

Tertera di pembalut kek ini tarikh luputnya 10/10/2014! Saya belek dua tiga lagi...sama juga. Ada juga yang tarikh luputnya tahun depan. Asal pegang dapat yang tarikh luput terus tak jadi beli! Pengguna...hati-hati ya ketika membeli. Penjual....tolong ya, periksa barang jualan anda!!




Makan Malam di Restoran TSY Claypot Curry Mee

Ini Restoran Cina Muslim. Operasi bermula malam, saya pergi dalam pukul 7 malam dah ada ramai yang duduk makan. Pelanggan makan di luar restoran...meja-meja lipat di letak di kaki lima. Dalam restoran, hanya barang-barang saja. Masak pun di luar.

Ini kali kedua saya makan di sini. Sebelum ini saya makan meehoon sup. Kali ini makan nasi putih dan ini ha lauknya...sayur sup, ayam goreng cili kering dan baby kailan goreng bawang putih. Air pula epal asam boi.





Duduk saja dia kasi cili api dan bawang putih cincang dekat 3/4 mangkuk..tu di atas :) Kitaorang dah makan, tu yang sikit saja. Kicap cair memang tersedia di atas meja. 

Sesiapa nak cuba boleh singgah di sini. 
Restoran TSY Claypot Curry Mee
No. 16, Jalan Goh Hock Huat, Klang

Senarai Baka Kucing

Saya bukanlah pakar baka kucing, sekadar ambil tahu saja.

Senarai baka ini saya dapat dari poster yang  diberi oleh petshop yang selalu saya kunjungi. Tergelung saja tepi dinding, lama kelamaan kucing saya buat main, dah lubang sana sini.

Sebelum berkecai, baik saya kongsi diblog saya yang satu lagi ;) Ini linknya. Ada 54 baka kucing semuanya.

1. Egyptian Mau

2. Japanese Bobtail

3. Turkish Van

4. American Wirehair




8. Birman


10. Malayan



13. Ceylon



17. Korat


18. Siamese


20. Asian

21. British Shorthair




25. Cymric




29. Manx

30. Oriental




34. Russian Blue




37. Sphynx




41. Bengal

42. Bombay

43. Exotic

44. Laperm

46. Ocicat




50. Ragdoll



52. Snowshoe

53. Somali

54. Tiffanie



Salam Ma'al Hijrah



Semogo kita menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah.

Peringatan pada diri sendiri :
  • Elak fitnah, umpat, keji
  • Maafkan semua orang pada setiap hari
  • Sentiasa bersyukur
  • Amalkan zikir 
  • Dekatkan diri padaNya

Jumaat, 24 Oktober 2014

Pengajaran dari Skandal Video UAI



Ini pulak? Apa nak jadi!
 
Jangan menyalahkan mana-mana pihak dengan mengaitkannya dengan politik. Sebelum ini dah terdedah pun dua video yang hampir serupa yang melibatkan pemimpin. Jangan sibuk nak kaji, debat dan datangkan bukti tentang tulen atau tidak, UAI buat atau tidak!

Jika di layan perkara yang sebegini....kita menggalakkan orang mengintai, jika dilayan juga, kita membuka aib orang....layan lagi, kitalah yang menggalakkan budaya fitnah dan penyebaran perkara yang tidak elok pada masyarakat.

Apa pengajaran dari kisah video ini? 
Usah taksub pada sesiapa pun. Mereka pun manusia biasa. Taksub pada Tuhan saja!
Diri kita sempurna ke? Tak dak dosa ke? Diri orang lain...biar dia jawab dengan Tuhan, bukan kita nak meletakkan hukum pada diri orang lain.




Jom Singgah di Kemaman Kopitiam

Pertama kali singgah di sini.
Kopitiam ini terletak di Uptowm Damansara Utama.
Harga berpatutan...murah sedikit dari kopitiam lain, yang pernah saya pergi. Mungkin juga bergantung pada menu.  Menu di sini juga macam kopitiam yang lain tetapi diselitkan menu Terengganu ;) seperti nasi dagang dan keropok lekor.

Ini Yee Mee...buat yang gemar ringan (kuah yang tak terlalu pekat dan masin, dah sejuk pun tak muak), boleh cuba. Kuah macam ini, kalau tak kena cara buat boleh muak.

Ini lekor, memang Terengganu mari...

Ini air kedodong asam boi. Standby air ini takut muak dengan kuah yee mee. Air ni yang tak habis sebab dah full.

Pilihan di Secret Recipe

Apa yang saya suka belum tentu orang lain suka ;)
Pilihan saya jika ke sini...selalunya ku cari ni,
  • kek tiramisu
  • kek banana coklat
  • curry puff
Singgah kali ini, ku alas perut dengan tiramisu ;)

Mengambil Sinar Matahari Pagi :)

Biarkan saja kucing bebas bergerak di dalam rumah. Usah dikurung....kerana tempat kucing bukan di dalam sangkar!

Anak-anak bulus ku bebas bergerak di dalam rumah. Ku bukak satu kepingan cermin tingkap supaya mereka dapat berehat dan menjeguk keluar dengan selesa. Ini juga 'port' lepak atau 'nap' mereka ;)


My girl Snowy, sedang mandi matahari ;) ambil vitamin...tak perlu terdedah sangat dengan sinar matahari...sipi-sipi saja ;) Syoknya dia sampai terlelap!


Khamis, 23 Oktober 2014

Ingat Tuhan Sepanjang Masa

 Pengisian terbaik untuk diri ini di malam yang mulia ini....malam Jumaat.
Sentiasalah mendampingiNya, kerana Dialah segala-galanya untuk kita.


Saya hamba Allah yang tidak sempurna....

Saya berkongsi 'khasiat ini' kepada rakan saya yang kerap mengeluh...
'cuba beristighfar sebanyak yang mungkin'
Beberapa hari kemudian...beliau datang berjumpa saya...
'betul kau cakap....aku rasa tenang sangat, selama ini aku istighfar 10 kali saja selepas sembahyang, kali ini aku istghifar saja dalam hati, terima kasih kerana kau selalu bagi aku semangat'

Terima kasih Allah.... 


'

Dunkin' Donuts, Kenapa Tak Seenak Dulu ?





Ohhh...ada drive thru dunkin' donuts at selected petronas petrol pump.
Saya pun tersinggah, tapi idak lah drive thru.
Mmmm....kenapa ya rasa tak macam dolu? 
Buat masa terdekat, tak nampak keperluan untuk singgah lagi :(


Kupilih Berkawan Dengan Kucing



Dia setia
Tak tikam belakang
Tak bermuka-muka
Tak memandang darjat
Bukan mata duitan

Bila melihat, memeluk mereka...saya rasa
'release n relief'

Sampai bila-bila mereka adalah kucing....dan tak berubah hati

Panggilan Yang Tak Diundang

Kerap mendapat panggilan dari.....
 
Astro...promoting their HD channel and converting too.
'Maaf ya, TV saya tak HD'
'Saya pun jarang-jarang tengok TV'


Insuran....promoting their best insurance plan
'Maaf ya, saya dah ada insuran'
'Saya tak perlukan apa-apa insuran tambahan lagi'
(diaorang selalunya akan tanya, yang kita ada tu apa...yang diaorang punya apa kelebihan) 'Saya tak perlu dua tiga insuran'


Holiday Package Club / Membership !
Yang ni sekarang dah kurang...saya rasa macam tipu saja!
'No, thank you, I'm not inetrested'


Yang ini pula.... 
Bank untuk ASB loan...ansuran bulanan
 'Saya tak nak'


Credit Card!
'Ok, ok...saya bayar minggu nih'!
atau...
Kami nak offer you...blah, blah...
'Saya tak perlu...tapi kalau you all nak offer juga, you all bayarlah untuk saya' ;)



Rabu, 22 Oktober 2014

Sudah Kecoh Program 'Can I Touch A Dog' !




Apa 'berlaku' pada program ini? Sekadar dengar cerita orang, tengok gambar dan baca sikit sana sini. Yang pasti sudah kecoh! Negatif bunyinya. Macam nak menggalakkan orang Islam pegang anjing?! Iya ke??

Saya dibesarkan dalam keluarga yang suka binatang. Kucing, arnab, ikan, ayam, itik, angsa, burung....antara yang pernah kami pelihara.

Anjing? Ada anjing yang selalu menemani arwah datuk saya pergi dan balik kerja. Arwah datuk jaga anjing ini tetapi tidaklah sampai bawa masuk ke dalam rumah dan layan macam kucing....dipeluk dan dicium. Sekadar di luar rumah, beri makan dan teman sembang :)

Semasa saya kecil, ada anjing yang mama abah beri makan. Cerdik anjing ini. Bila mama kata 'stand' dia akan berdiri, 'shake hand' dia akan goyang-goyangkan kaki depan. Anjing ini selalu berulang alik dari rumah kami dan rumah rakan mama abah yang sama-sama menjaganya. Ada rancang nak ambil lesen tapi tak sempat sebab anjing ini kena tembak....nak bela anjing kan kena ada lesen. Menangis mama :(

Semasa saya di sekolah menengah pula, pada satu hari muncul seekor anak anjing di depan pintu rumah kami. Sakit dan terbaring saja. Kami pindahkan ke luar pagar rumah. Kami sediakan tempat untuk anak anjing ini berteduh dan diberi makan. Mama dah war war kan kepada rakan bukan Islam, kalau ada yang nak bela. Beberapa hari kemudian anak anjing ini mati di depan rumah. Kami balut dengan suratkhabar dan tanam di luar kawasan rumah. Kami samak lantai depan rumah kami. Tuhan Maha Besar! Mungkin kami samak lantai tak bersih, beberapa hari kemudian berlaku banjir lumpur. Belum pernah terjadi banjir lumpur di kawasan rumah kami.

Saya suka anjing! Jika tiada halangan agama seperti nak disamak dan sebagainya, memang saya akan pelihara anjing sebab anjing cerdik dan jaga tuannya. 

Berbalik kepada program 'Can I Touch A Dog', apa tujuan program ini diadakan? Jika nak 'educate' orang ramai tentang apa yang boleh dan tidak dalam bab sentuh dan pelihara...good! Tapi kalau nak menggalakkan orang untuk pegang anjing...better don't!

Selasa, 21 Oktober 2014

Cerita Kali Ini Baim Wong dan Elfira Loy



Sukarnya melafazkan pada si dia kerana si dia punya pendirian.
Kulafazkan pada media...harap si dia mengerti perasaan ini.
Ini cerita sebelum ini di blog saya Elfira Loy & Baim Wong Bercinta ?
Yang jelas saya suka mereka berdua :)
Kalau mereka benar-benar mahu bersama (berkahwin) saya tumpang gembira dan restu ;)


#gambar dari carian di google

TMJ dan Bakal Isteri

 
Bila saya bukan jenis yang pandai tulis dan olah panjang-panjang....ini saja ya.... 

'restu kedua ibubapa itu penting'



#gambar dari carian di google

Cik Ta & Tajaan



Tepuk dada tanya selera. 
Kekadang pembawaan /cara kita yang menjadikan isu sensasi.
Baik yang menaja dan ditaja semuanya bersebab.
Artis lain pun ada juga yang ditaja.

Kena telan jika..... 
nak glamor
menayang
bising lebih
celebriti 

Kena telan juga jika inilah dunia yang kita pilih.

Terlebih bunyi pun susah
Tak bunyi langsung pun susah

Lebih baik jadi yang sedang-sedang saja.


#gambar dari carian di google

Isnin, 20 Oktober 2014

Perpisahan Rita & Aidil

Aku percaya....dalam hidup, siapa betul dan siapa salah kadang kala tak penting...yang paling penting apa yang terbaik. Nak dapat yang terbaik...tak perlulah melondehkan apa-apa. Yang terbaik tak semestinya yang benar.

Entah mana silapnya, siapa yang mulakan, siapa yang curah minyak, siapa yang jadi batu api, siapa yang besar-besarkan cerita, siapa yang tambah cerita.....jadinya yang keluar semuanya hodoh!

Kalau dapat diam...itulah yang terbaik.
Lagi bersuara lagi itulah orang mengambil kesempatan.....
Kesempatan untuk melariskan produk....
Jadi tukang sebar maklumat, yang mengumpat pun ramai...

Biarlah bergendang di dalam mahkamah bukan di luar.
Kenapa masih bergendang? Ini soal MARUAH! Ya betul! Kerana maruah perlu dipertahankan! Tetapi jika diperlahankan gendang, pasti besar hikmah yang bakal dikecapi. Kalau tak mampu memperlahankan gendang, gunalah alat muzik yang lain, yang tidak menyakitkan telinga......fahami maksud tersirat.



Asal ada rasa nak 'tembak in public'....kenangi saat bahagia bersama.Tak kan tiada satu pun yang manis....



# gambar dari carian di google

Selasa, 14 Oktober 2014

Cermin atau Syiling ?



Mana satukah diri kita?
Mana satukah rakan-rakan kita?
Mana satukah kita apabila bersama rakan-rakan dan ahli keluarga kita?
Berapa peratus sikap syiling yang ada pada diri kita?
Berapa peratus pula sikap syiling pada diri kita yang telah kita buang?
Berapa peratus sikip syiling yang kita tahu pada diri rakan kita? 
Mampukah kita menjadi cermin 100%? Jika belum mampu, bila? 
Berubahlah kepada cermin segera.
Jadilah cermin :)
Syiling bukan segala-galanya ;) haha....

Sabtu, 11 Oktober 2014

Membuang Kenangan Lalu

Kenangan yang bagaimana yang hendak dibuang? Sudah semestinya yang manis kita simpan :) Simpan dalam hati, simpan gambar, hebah pada rakan-rakan, up di FB, Twitter, dan sebagainya.

Yang pahit kan yang hendak dibuangkan! Ada orang yang jenis tak kisah tak buat apa-apa pun...life goes on....

Tetapi ada yang perlu buang sesuatu dari dirinya. Kenapa nak buang? Sebab boleh buat kita sedih, marah, bengang dan yang seangkatan dengannya.

Satu lagi persoalan....bagaimana nak buang? 

Kebiasaannya orang akan buat..delete! Delete dari ingatan dengan...buang
contact dari handphone
gambar
barang-barang pemberian atau kepunyaan individu tersebut
apa saja bentuk hubungan akan diputuskan

Orang putus cinta....buang saja pemberian kekasih

Orang putus persahabatan ....delete saya contact number, tak payah dah berkawan

Orang bercerai....buang apa saja kenangan yang ada ketika bersama tapi ingat, jika ada anak...ada kenangan kan!

Orang kematian pasangan / adik beradik / anak / ibubapa....simpan kenangan itu dengan tidak mahu melihat pada barangan yang ditinggalkan. Ada juga yang memberi kepada orang lain.


Tetapi satu perkara yang kita jangan buat untuk membuang kenangan lalu.....

'jangan paksa orang lain untuk turut sama membuang kenangan tersebut'


Pengalaman saya melihat ragam manusia membuang kenangan....

putus cinta - bakar pemberian bekas kekasih termasuk gambar bersama, koyak gambar, rosakkan pemberian, bagi pada rakan sebab tak nak tengok, buang dalam tong sampah......yang kelakar, ada jugak yang kasi pada kawan baik untuk 'tolong simpankan'..mmm apa faedahnya?

bercerai hidup - habis diangkutnya keluar semua barang peribadi bekas isteri / suami seperti kain baju, kasut, buku-buku, gambar...tak mau simpan dah, tapi hadiah perkahwinan yang orang kasi....simpan pulak! Mmmm....

bercerai mati - bila dah kahwin lain....dihantarnya semua barang milik arwah ke rumah bekas mertua! Kecik hati mertua sehingga menangis....gambar bekas mertua yang dalam simpanan pun tak nak! Apa salah orang tua tuh! Boleh pulak mintak kawan-kawan buang semua gambar dirinya dengan arwah yang ada dalam simpanan rakan-rakan! Apa nih!

Khamis, 9 Oktober 2014

Melihat ke Cermin

Melihat ke cermin....kita adalah diri kita sendiri. Maka, jadilah diri sendiri. Ambil kebaikan yang ada pada diri orang lain tetapi bukan menjadi diri orang lain.


Kagum pada bakat / kebolehan / kebijaksaan orang lain? Tidak perlu meniru...carilah diri sendiri, bina identiti sendiri!


Melihat ke cermin.....usah bercerita keburukan orang lain. Itu adalah kita, yang kita kata itu adalah diri kita sendiri. 

Masih mahu membuka aib orang? Untuk pengajaran, ya? Ada banyak kaedah yang boleh  digunakan dari memburukkan orang lain.




Rabu, 8 Oktober 2014

Aku Bukan Anti Sosial

 
Semalam member whatsaap...invite me for a birthday party :) Surprise birthday party buat dia punya tersayang! Siap ada tema lagi!

Ayat standard saya....nanti I confirm! Sebenarnya malas...tapi kenangkan kawan, saya pun mencari rakan-rakan lain yang boleh meneman ;) Saya bukak mulut pada sorang saja....member pulak jawab, 'tengoklah'...mmmm! So, 'no' from me! Sorry friend :(

Bila fikir-fikir...kenapa aku tak minat? Faktor umur kah? Tempat? Sibuk?

Ini adalah aku! :) 
Dari dulu lagi, jarang nak party-party ;)
Aku party dengan kucing saja :) 


Layan kucing lagi best!
Aku ada ramai kawan dari kalangan bukan manusia ;) mereka adalah.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 kucing :)





# gambar dari carian di google

Selasa, 7 Oktober 2014

Bersyukur Sepanjang Hari




Saya berharap saya mampu mengucapkan syukur sepanjang masa...pagi, petang, siang dan malam... tika senang atau susah....gembira atau sedih kerana itu yang terbaik.

Realitinya kita manusia....kita terlupa! 
Di pagi ini sama-samalah kita memperingati satu sama lain supaya sentiasa bersyukur :)

Isnin, 6 Oktober 2014

Tak Boleh Sepanjang Masa Tak Kisah !

Tak kisah dengan orang yang suka cakap belakang.
Tak kisah juga dengan orang yang suka bawa mulut.

Apa yang berlaku, menghina dan merendah-rendahkan orang! Berani cakap di belakang saja...berguni-guni! Depan sikit punya manis!

Ramai pun yang mulut manis di depan...
Sudah-sudah lah perangai....kalau salah usah menghina, usah cakap belakang....berilah tunjuk ajar!

Kata simpati tapi mengambil kesempatan....
Kata atas dasar menolong tetapi memeras!

Jerung selalu memakan ikan bilis. Wahai jerung...bilis bukan makananmu sebab tak mengenyangkan!
Yang di atas asyik nak pijak yang di bawah. Hello yang di atas...ingat ya, kamu bukan Tuhan!


# mood lepas geram ;)

Berehat di Aidiladha

Cuaca mendung saja semalam...tidak membawa hujan. Nyaman rasa...
Bukan saja pada saya tetapi anak-anak bulus saya :)
Mereka lepak dan tidur....
Dah lama tak tengok mereka semua atas katil ;)

Lebih buat saya tersenyum...
Suri dan Snowy duduk dekat ;)

Susah nak tengok Snowy dan Suri macam nih, almaklumlah Snowy kaki buli!
Ini rahmat Aidiladha :)
Dari petang hingga ke malam....di sini lah mereka
Atas katil ku ;)

Ini diwaktu malam pula...


Saya ada mereka beberapa tahun yang lalu ketika mereka masih baby iaitu beberapa hari sebelum Aidiladha :) 

Sekarang ni hah....dah besar dah mereka ;) Sayang dan terus sayang sampai bila-bila....

Salam Aidiladha