Selasa, 16 September 2014

Telekung dan Wanita


Boleh beli tudung ratusan ringgit, apa masalah nak beli telekung (pakaian untuk sembahyang) yang mahal-mahal. 

Tudung boleh di basuh setiap hari selepas pakai, tiada masalah untuk telekung di basuh setiap hari!

Tudung boleh ada berjenis-jenis dan banyak...lebih dari 50 helai, memang tiada masalah untuk ada telekung lebih dari sehelai. 

Mahu cantik depan orang ramai, tiada masalah untuk cantik ketika mengadap Tuhan.

Bila telekung melalui fasa perubahan.....dari yang putih, sudah ada banyak warna....dari kain cotton dah macam-macam jenis kain lagi. Opps, sehinggakan ada yang terlupa....kainnya lembut sehingga mengikut bentuk tubuh. Tetapi kata mereka....kain jatuh, tak terangkat semasa setiap pergerakkan. Apa pula yang kainnya jarang...tapi kata mereka, sini semua muhrim...mmm. 

Sekadar peringatan....bersederhana dalam setiap perbuatan, hukum tetap hukum.


#photo dari FB page

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.