Selasa, 30 September 2014

Sukan Kita Ke Mana ?



Sukan Asia, kita kalah dengan Korea Selatan untuk sepak takraw, oppss! Nampaknya 'orang luar dah mahir dengan sukan kita'!

Bila dah kalah....buat post-moterm, tukar orang, letak jawatan dan bagai....abis-abis...tubuh jawatankuasa untuk kaji!

Mana silapnya? 
Kata mereka...kurang pendedahan, budget tak der untuk latihan, politik dalam sukan! 
 
Saya selalu kata...
Bab-bab sukan ni...letak yang berpengalaman dalam bidang ini untuk mengendalikannya.

Tapi nanti diaorang kata...
Perlu Dato' itu dan ini untuk itu dan ini....

Saya pernah bertanya kepada salah seorang pelajar saya....
Beliau pernah mewakili Malaysia dalam acara kriket...
Katanya...
Dato' itu dan ini untuk cari dana...
Ok...no problem...
Tapi diaorang tak perlulah kacau dalam urusan sukan....pi la cari dana saja.

Saya pernah sembang dengan rakan sekampung saya
Dia ni atlet balapan...
Katanya dia belum lagi dalam group elit...oohhh begitu rupanya ada group elit pulak (lupa nak tanya, rakan saya ni group apa)
Saya tanya lagi...macam mana nak masuk group ekit ....ada standard yang kita kena capai!

Saya korek lagi....elaun diaorang banyak ni saja...yang ada nama besar, besar la sponsornya. 
Minat dan cita-cita yang buat diaorang stay!

Inilah nasib ahli sukan dan sukan di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.