Ahad, 7 September 2014

Senangkan Makan Gaji!

Mmm....makan gaji kerja mudah ;) kenapa? Buat kerja sikit atau lebih, hujung bulan dapat gaji. Yang bekerja sendiri....banyak benda nak kena fikir! Banyak skills yang kena pakai!

Bagi yang makan gaji bersyukur banyak-banyak. Kalau rasa apa yang dapat tu tak berbaloi, carilah kerja lain ;) jangan mengeluh. Kalau rasa, 'alah, kat tempat lain pun sama juga masalah'....ada peluang kan, sama ada nak stay dengan pekerjaan sekarang & asyik mengeluh atau bekerja sendiri! Ingat, bekerja sendiri banyak skills yang kena pakai....fikir-fikirlah apa yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

Masa belajar subjek pengurusan dulu....ada la teori yang kena ingat! Antaranya, setiap pekerja perlu menganggap kerjaya yang diceburi adalah perniagaannya sendiri. Wow!!! Berapa ramai yang anggap begitu? ;)


# gambar dari carian di google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.