Jumaat, 5 September 2014

Semudah itu....Let Go!

Kucing....mommy kucing nak bersuara ;)

Saya pernah terima whatsapp dari rakan...nak let go kucing yang baru beberapa bulan dia pelihara sebab nak kucing baru! Tadi terlihat satu post di Facebook...a group, pun kisah nak let go kucing!

Mmm....semudah itu? Bagai tukar baju, bosan tukar / buang! Kalau fikir balik...sedangkan orang boleh dibuang, inikan pula kucing. Ye lah, fikir lagu ni....sekurang-kurangnya yang nak let go ni....mencari orang yang mahu kucing dari dibuang di tepi jalan!

Saya pun pernah....let go, I don't want to use let go but what ya? 'Tinggalkan'....ya tinggalkan kucing saya pada rakan serumah saya sebab saya berpindah dan pada masa tu memang nak sangat ambil tapi rakan serumah saya macam berat nak kasi pada saya...maka terpaksa saya lepaskan! Tak jauh pun, depan rumah saja...hari-hari boleh tengok! Satu lagi....saya tinggalkan di kampung. Saya tahu my mom boleh jaga dengan baik.....tapi deep in my heart, nak sangat ambil balik!

Say no to let go sebab nak yang baru, nak baka baru! Kalau masih nak let go juga...beri saja pada yang mampu memjaga dengan baik, dengan penuh kasih sayang :)

#smiley dari carian google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.