Sabtu, 27 September 2014

Sembang dengan Pak Arab

Seronok benar Pak Arab bercerita tentang negaranya. Pak Arab ini datang dari negara yang kaya, yang sumbernya adalah minyak. Mereka di hantar ke sini untuk menjalani kursus jangka pendek. Saya cuba melihat dari sudut ekonomi negara mereka....mmm, kakitangan kanan kerajaan mampu memiliki BMW! Selain itu setiap mereka juga mendapat kenderaan rasmi yang mewah. Kaya sungguh negara mereka!

Kebanyakkan kakitangan kerajaan ada pembantu rumah yang diambil dari luar negara seperti Indonesia, India, Filipina dan dari negara Afrika. Memang susah nak ada rakyat tempatan yang nak jadi pembantu rumah.

Dari sudut pelajaran, negara kita lebih maju. Mereka baru nak melangkah jauh! Masih bergantung pada tenaga luar dan menghantar pelajar ke luar negara untuk bidang kritikal.

Dari sudut kekeluargaan...berkahwin 2 itu satu kebiasaan. Sempat lagi mereka tanya saya, berapa mas kahwin dan hantaran, saya pun kasi anggaran....terus mereka kata, 'sekarang juga mereka boleh kahwin' ;) Di negara mereka mas kahwin dan hantaran mencecah RM100,000!

Bukan sekarang saya 'kenal' Pak Arab. Saya pesan pada rakan-rakan....'hati-hati dengan mereka ini, mulut mereka manis....mengayat power'! Yang bergelar pelajar, belum masuk 20 tahun lagi sudah mengajak saya berkahwin ;) hahaha! Tak nampak ke mereka yang saya ini bukan sebaya mereka lagi!

Ada juga rakan saya yang sangkut dengan Pak Arab. Yang pasti seorang berkahwin dan bercerai...sebelum bercerai, telah digantung tidak bertali buat sekian lamanya! Yang seorang lagi telah dinasihatkan 'jangan' tetapi alasan dia, rakan karib dia yang kenalkan, pasti Pak Arab ni ok! Mmm...look now! You know lah...di ambang perpisahan...

Sebelum mereka berangkat pulang sempat lagi kasi ini pada saya kurma dan wangian....satu rupa macam garam batu, satu lagi serbuk warna hitam dan satu lagi macam gula-gula ;) Baunya memang sedap! Diaorang kata benda ni kena bakar...Pak Arab bercerita dengan saya macam mana nak bakar....saya ia kan saja....sebenornya, saya tak paham! Haha









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.