Ahad, 28 September 2014

Semalam di Vet

Ini cerita semalam. Saya bawa meow saya untuk divaksinkan. Vet yang saya selalu kunjungi namanya 'Shah Alam Veterinary Clinic'



Asas dalam bab memelihara kucing dalam rumah yang saya amalkan :
  •  vaksin setahun sekali
  • kasi selepas kucing berusia 6 bulan

Ini Snowy....pagi sebelum bawa ke vet.....sedap tidur ya.



Semasa di vet....bila macam-macam yang mereka bau...ada yang bertindak agresif....sebab takut atau rasa terancam!
 
Yang boys ok....saya mulakan dengan Simba, diikuti dengan Spider.



Kemudian Suri....permulaan meluahkan rasa tidak selesa....dah bunyi marah. Anak-anak tino saya memang terkenal dengan garangnya ;)



Snowy? OMG...dia punya mengamuk! Suara dia sampai ke luar boleh dengar! Saya di minta keluar dan bawak sekali yang lain sebab Snowy dah mula bising-bising. Memang biar dia yang last sebab tau perangai dia macam mana tapi saya sendiri tak sangka dia sebrutal itu! Dua vet untuk uruskan dia yang mengamuk tu! Snowy...snowy....tahun depan tak tau lagu mana pula dia!

Selain dari dicucuk (vaksin), meow juga diberi ubat cacing. Sebelum ini saya bawa meow ke vet kerajaan. Memandangkan waktu beroperasa hanya pada hari tertentu sahaja dan mereka juga menerima anjing....maka saya pun beralih ke vet swasta. 

Senangkan nak pelihara kucing dalam rumah ;)
Syukur, anak-anak bulus saya tiada yang sakit kecuali Simba yang ada sinus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.