Jumaat, 5 September 2014

Nota buat Dato' Seri

Dato' Seri,

Saya tak mahir mana, saya tak baik mana. Saya hanya manusia biasa bergelar rakyat. Saya bukan penyokong tegar mana-mana parti politik. Saya tak minat politik, saya tak main politik pun! Saya juga tak suka orang mempolitikkan hal itu dan ini. Kalau dah tak betul tetap tak betul, tak kira parti apa pun.


Saya kecewa sebab Dato' Seri....

Begitu prihatin 'hal' rakyat sehingga semua nak dimansuhkan! Saya tahu ia akan digantikan dengan yang lain tetapi jangan sampai terlalu prihatin 'hal' rakyat sehingga membuat yang menyokong jauh hati.....nanti yang menyokong tak pangkah parti Dato', yang membangkang memang dah sah takkan pangkah parti Dato'.


Dato' Seri wujudkan....


Benda-benda yang tak perlu. Sebab apa saya kata tak perlu sebab semua dah memang bidang kuasa kementerian-kementerian Dato'. Dato' saja yang tak nampak mereka buat apa. Perlu ke penambahbaikan sehingga wujud agensi baru yang bertindih kuasa? Agensi yang sedia ada pun ada yang bertindih! Bila wujudkan benda-benda macam ni, tak ke kos pada kerajaan?  


Dato' Seri longgar....

Dari segi dasar menyebabkan lambakan orang asing di sini yang kononnya pakar.....pakar sangat ke mereka? Rakyat sendiri tak bagus ke?

 
Dato' Seri, kami dah puas...

Tengok muka-muka yang sama saja....dari dulu hingga kini. Mana muka-muka baru? 
 

Mana Dato' Seri Mana?
Graduan sudah semakin ramai, usia pesaraan dah dinaikkan. Mana peluang pada yang muda. Yang muda bukan meminta-minta tapi bertanya. Bila yang tua nak pergi, yang muda nak juga naik pangkat!


Kenapa Dato' Seri Kenapa?

Banyak sangat universiti/kolej swasta, banyak juga ambil pelajar asing. Betul ke diaorang datang sini nak belajar? Berapa ramai yang hilang sehingga kini gagal di kesan?


Dato' Seri, dah puas dah tengok wayang orang-orang politik Dato' Seri....Dah puas dengar cakap-cakap.....kami nak result. Ooohh! Dah ada dah result? Kenapa kami tak rasa? Ooo...kami tak pandai sebab itu tak rasa! Golongan mana yang rasa result tu ya Dato' Seri? Ooo...kami tak rajin sebab tu tak rasa atau sebab kami tak main politk, sebab tu kami tak rasa? Mmm....

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.