Selasa, 23 September 2014

Nikmati Makanan dengan Rasa Syukur

Apa menu hari ini? Pernahkah rasa...
  • nak makan apa hari ini / tak tahu nak masak apa hari ini
  • boring dengan menu yang sama di kedai itu
  • hampir 10 restoran berdekatan dengan tempat kediaman / pejabat tetapi masih lagi mencari yang lain...di luar kawasan!
Saya pernah ada rakan yang ambil flight ke Pulau Pinang semata-mata teringin nak makan laksa! Kemudian dia pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari yang sama ;) Pernah juga ada rakan yang drive ke Johor untuk merasa assam pedas yang menurutnya sedap! Rezeki tuh....sebab mampu menjelajah begini hanya untuk 'merasa' makanan kegemaran mereka.

Bersyukur pada makanan kerana ia rezeki. Mulakan dengan rasa syukur kerana di beri peluang untuk makan, mampu makan dan masih boleh menikmati pelbagai hidangan. Tiada pantang larang atau alahan disebabkan penyakit dan sebagainya.

Teringat cerita seorang rakan....apabila jiran sebelah katil di wad hospital mengeluh 'hilang nikmat makan....tak der rasa'! Jiran sebelah katil mengidap kencing manis. Bersyukurlah, walaupun tiada rasa masih boleh makan!

Baru-baru ini makan maggi mee ;) Sempoi saja, rendam dengan air panas sahaja (kebetulan nak cepat...saya jarang rendam)....wah nikmatnya! Makan bukan untuk kenyang, bukan untuk nafsu tetapi lapik perut.
 
 
Mulakan dengan menzahirkan rasa syukur, berterima kasih padaNya dan berdoa, moga dicukupkan makan minum keluarga dan seluruh umatNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.