Rabu, 3 September 2014

Nama Oh Nama, Apa Ada Pada Nama

Saya diberi nama yang panjang....bapa saya pun namanya panjang.
Bila nak isi nama pada borang yang berkotak-kotak (satu huruf pada satu kotak), saya akan kira berapa kotak-kotak tersebut sebelum menulis. Bila kotak tak cukup, kena fikir mana satu yang nak dipendekkan atau perlukah kongsi satu kotak dengan dua huruf!

Selalu saya kata...nanti bila saya ada anak, nak namakan pendek saja...tak mau panjang-panjang. Yang satu perkataan cukup, tak nak yang dua atau tiga perkataan.

 




Sebut nama....nama pun melalui fasa perubahan. Pada satu ketika ramainya yang letak nama anak diaorang Balqish, Danish...dah macam trend. Teringat kata seorang guru....ramainya nama Mohamad Danish! Nak kena panggil 'bin' nya sekali! Nama apa pula yang menjadi pilihan ramai sekarang?

Satu lagi cerita....pakcik saya menamakan cucu dengan 'nama orang lama' dan 'nama orang muda-muda'. Katanya....masa dia muda panggil dia dengan nama orang muda-muda, dah tua panggil pula dengan nama orang lama ;) Paham tak? Yang tak paham nama orang lama dan muda....macam ini, 'Aisyah' nama orang lama....so digabungkan dengan nama orang muda-muda 'Alissa', masa muda panggil Alissa...tua panggil Aisyah!

Sekarang dah ramai pun yang letak nama anak Khatijah, Mariam atau Aisyah sahaja, tak digabungkan dengan nama-nama lain kan! Inilah yang dikatakan fasa perubahan....orang tak kisah dah...moden ke atau tak sebab akan datang...macam-macam lagi moden yang muncul! Yang penting, pastikan nama itu membawa makna yang baik. 

Apa ya makna nama saya? Mmm....



#photo dari Facebook page.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.