Ahad, 28 September 2014

Merancang Percutian Ke Luar Negara

Saya merenung renung ini, buah tangan dari rakan saya yang baru pulang dari bercuti di London dan Paris. Dalam hati saya, bilalah saya nak sampai sini :(


Sepanjang saya bercuti dengan rakan-rakan, yang paling utama ialah merancang kewangan :) Mana destinasi kita, semuanya bergantung pada kewangan kita. Sebagai contoh, percutian saya di Hong Kong dan Macau adalah untuk 6 hari 5 malam. Kami merancang untuk pergi pada bulan Jun. Tiket dan tempat tinggal saya telah booking pada bulan Disember. Tiket kapal terbang dan tempat tinggal untuk seorang selama 6 hari 5 malam jatuh RM1500 sahaja.
Ocean Park Hong Kong
Macau

Anda tidak semestinya mengikut kehendak rakan-rakan anda dari segi shopping dan destinasi. Jika anda telah ke suatu tempat dan anda tidak mahu ikut....katakan saja tidak! Shopping....saya bukan kaki shopping, saya beli apa yang perlu untuk saya dan sebagai buah tangan buat rakan-rakan dan keluarga. Tujuan saya makan angin lebih kepada nak tengok negara orang. Sebagai contoh semasa saya di Bandung (melawat kawasan gunung berapi), kumpulan kami dihampiri oleh para penjual.....saya sedikit pun tidak menyentuh atau melihat barangan yang mereka jual...buat tak tau saja, buang sikap kesian! Benda-benda yang mereka jual di tempat lain pun ada. Kesudahannya saya tidak beli apa-apa....rakan saya berbelanja hampir 2 juta rupiah di situ sahaja.

Satu lagi bab makan....risau akan halal ke tidak, perlukah belanja besar untuk makan di negara orang? Kalau pergi ikut pakej, mudah...makanan termasuk sekali. Jika tidak....bagaimana? Bagi saya...makan berat tengahari sahaja...malam tak perlu. Ke mana-mana destinasi luar saya pergi (bukan melalui pakej)....saya mesti bawa maggi, milo 3 in 1 dan biskut. Inilah makanan malam saya. Ada negara yang tidak benarkan barang makanan dibawa masuk....kena selidik negara mana sebelum pergi. Dari situ juga, kita dah kena cari tempat kita boleh makan.

Percutian yang bagaimana yang kita kehendaki? Backpack? Relax? Shopping? Ini pun kena pastikan sekepala dengan rakan-rakan atau pakej yang anda hendak ikut. Ada masanya saya nak yang relax dan tak kisah berbelanja lebih....adakalanya percutian saya budget. Saya pernah ke Ho Chi Minh selama 4 hari 3 malam dan saya belanja tak sampai seribu ringgit untuk segala-galanya :)
Ho Chi Minh

Pakaian? Banyak mana nak bawa? Ada orang yang boleh pakai pakaian yang sama berulang kali...saya tidak. Nak basuh atau tidak di sana? Saya, sehari satu baju....malam nak tidur, pakaian lain yang boleh digunakan untuk 2 malam.

Bag pakaian? Pastikan tidak penuh semasa memulakan percutian ;) Bawa bag extra. Saya, 1 bag dan dalamnya ada satu bag kecil ;) Dan kalau bag penuh, mmm...bag yang kecil itu saya akan hand carry.

Jangan lupa ya....sediakan juga ubat-ubatan. Saya mesti bawa minyak cap kapak, panadol dan actal :D







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.