Sabtu, 6 September 2014

Masih Dijajah





Tiap-tiap tahun sambut hari merdeka. Sekarang ada pula hari Malaysia....cuti lagi. Seronok dok sini, banyak public holiday :) Negara lain tak dak banyak public holiday macam di negara ini....itu kelebihan bumi ini.

Hambarkah sambutan merdeka? Kerana saya tidak rasanya seperti dulu! Atau kerana saya sibuk? Atau zaman berubah, sambutan pun berubah? Atau saya tidak mengikut perkembangan semasa? Mmm....merdekakah kita sekarang ni?

Kita mencari jenama luar. Kita menggalakkan jenama luar berkembang! Kita bangga dengan jenama luar. Kita kurang membangunkan jenama sendiri.

Syarikat luar yang beroperasi di sini, masih mengekalkan orang mereka di jawatan utama. Kalau ada pun orang kita berpangkat besar, hanya untuk memenuhi quota. Ada suarakah mereka? Tidak. Mereka membantu bangsa mereka sendiri ke? Tidak. Mereka hanya menjaga kerusi mereka. Tetapi kita begitu bangga dengan banyaknya bangsa kita memegang jawatan tinggi! Cukupkah dengan statistik untuk menjadi bukti bangsa kita berjaya? Mana pengisiannya? 

Ada yang berebut-rebut mencari bangsa kita hanya untuk kepentingan politik atau perniagaan mereka! Dan kita pun berebut-rebut mengejarnya kerana mencari keselesaan! Kita selesa...tapi adakah keseluruhan bangsa, agama dan tanah air kita selesa?

Jajah ekonomi...jajah minda. Sudah berapa lama? Adakah ia makin baik? Mana dia jati diri? Kenapa banyak yang berkaitan jati diri makin tidak diberi penekanan?

Tanggungjawab siapa? Kata mereka diri sendiri. Benar itu! Tetapi mana saluran, mana mengawasan?  Mana sekatan, mana kelonggaran? Fahamkah mereka maksud ini! Ini tidak penting sebab semua telah diasuh untuk mengejar kesenangan.....kesenangan tanda kejayaan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.