Ahad, 21 September 2014

Makan di Restoran Hj Hassan Ayam Kampung

Cerita makan pula ya.... ;)
Nama pun 'ayam kampung', menu wajib saya jika ke sini ialah ayam. Diaorang pakai 'spring chicken' yang di potong empat....kulit di buang....saya rasa diaorang rendam dulu dengan air garam sebelum goreng. Seketul harganya RM4.50...kecik saja, mahal lagi dari ayam KFC...hehe.

Yummy yummy....
Tak perlu ambil lauk lain....ini saja sudah mencukupi,

Ayam goreng
Budu + tempoyak + limau nipis + cili api (patah-patahkan cili, perah limau nipis dan gaulkan...ini pembuka selera)
Ulam
Nasi panas

Jemput makan.....licin! 
Oh ya, buat penggemar teh, cuba rasa teh nya, nice....






Yang saya tahu, Restoran Haji Hassan ini ada di beberapa kawasan iaitu di Kampung Baru (gerai), Bandar Tun Razak, Cheras dan Bandar Baru Bangi.
Saya selalu singgah yang di Bandar Baru Bangi. Konsepnya lebih kepada makan tengahari....pagi & malam tak bukak, petang dah tutup....jemput singgah ya, sekali datang pasti nak lagi ;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.