Selasa, 23 September 2014

Kena Makan Satay Saja di Sate Kajang Hj Samuri


Memang tidak dinafikan Sate Kajang Hj. Samuri memang terbaik! Rugi kalau singgah tak makan sate. Baru-baru ini teringin nak rasa makanan lain di situ....

Yang belum ke situ, saya cadangkan...makan satay bukan benda lain. Mereka bukan pakar dalam masakan lain. Ikut selera saya, yang lain tu biasa-biasa saja....diadakan sebagai tambahan kepada satay mereka.....ye lah, kena fikir tengahari ada yang nak nasi....bagi yang tak makan berat mungkin  nak meehun sup, jadinya mereka kena pelbagaikan.

Yang saya pelik sikit hari tu...saya nak order air sirap limau, pelayan di situ kata, 'silap limau tak der, air limau ada....sirap, kita sediakan kosong atau buat air bandung!' Mmm....nak buat sirap limau, letak saja limau dengan pewarna merah...done kan! Sebab sirap memang diaorang dah ada! Bila saya fikirkan balik.....'mungkin konsep perniagaan mereka yang dalam menu saja, lain dari menu tak der!'

Jempu makan...saya cuba nasi ayam goreng ayam. Meehoo sup dan nasi ayam dah pernah rasa......satay juga yang best di sini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.