Sabtu, 20 September 2014

Halalkah Sijil Halal ?

Dua tahun yang lepas saya ada menemuduga seseorang yang pernah bekerja di bahagian pentadbiran semua restoran makanan Jepun yang agak terkenal di sini. Tempoh dia bekerja di restoran itu agak singkat, tak sampai 6 bulan.Mmmm...jadi saya pun tanya 'kenapa berhenti?' Dia cakap 'saya tak nak bersubahat!' Salah satu tugas beliau di syarikat tersebut adalah berurusan dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan atau memperbaharui sijil halal. Ditambahnya lagi 'syarikat tak telus dari segi bahan-bahan yang digunakan.'

 


Sekarang ini saya sedang membantu rakan saya menyediakan material untuk presentation beliau dengan beberapa agensi kerajaan berkaitan isu 'halal' ini. Kita ambil contoh livestock. Sebut halal, kita nampak pada penyembelihan....tetapi berapa ramai yang melihat isu halal ini dari A-Z? Maksud saya dari penyediaan makanan, sumber makanan, pengangkutan, sumber air, kebersihan pada setiap proses terlibat, jika diberi suntikan...apa kandungan dalam suntikan tersebut dan sebagainya. 

Satu lagi contoh tepung gandum...ada logo halal tetapi sumber gandum itu dari mana? Proses dari biji benih, tempat semai, jadi pokok, tuai, masuk kontena sehingga sampai kilang proses...halalkan semuanya?  Satu ketika dulu, pernah tersebar di internet gambar sebuah stor menyimpan telur ayam ada anjing-anjing berkeliaran! Jadi fikir-fikirlah....penambahbaikan amat diperlukan dalam semua aspek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.