Isnin, 29 September 2014

Budaya Buang Makanan

Mengapa tidak masak mencukupi untuk dimakan pada sesuatu masa itu sahaja? 



Sedih melihat lebihan makanan dibuang ke dalam tong sampah. Habis tuh nak buat apa dengan makanan tu? Melihat rakan yang buang makanan macam tak der perasaan...ringan mulut untuk menegur tetapi terkunci mulut. Ada jenis orang yang suka masak banyak, kemudian bila tak habis buang saja....mereka kata biar lebih jangan tak cukup!


Lagi geram melihat gelagat mereka-mereka ini di open house! Ambil banyak makan tak habis! Kenapa perlu tamak? Boleh saja ambil sikit.....nak lagi tambah :)





Sebab apa jadi lagu tuh... cara didikan dan budaya.....

Boleh saja pelihara binatang peliharaan seperti kucing, ayam atau itik untuk diberi lebihan makanan? Nanti ada yang kata, rumah sekarang mana boleh pelihara ayam itik....lainlah di kampung!
Boleh saja kan...masak mencukupi untuk keluarga, mempelajari trend makan anak-anak.
Bila lebih simpan dalam peti sejuk, esok masih boleh di makan.

Bolehkan....
makan sampai habis
ambik yang nak makan saja
tak habis simpan
tak boleh simpan, bagi kucing atau ayam di belakang rumah
Tuhan marah pada pembaziran, nasi menangis....antara kata-kata orang tua-tua pada saya suatu ketika dahulu

Amalkan masak cukup untuk makan pada hari itu. Perlu bijak menguruskan makanan untuk keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.