Ahad, 7 September 2014

Biar Saja Dipijak?

Buat baik berpada-pada.....berpada-pada, ok!
Kepimpinan melalui teladan....kepimpinan, ok!
Hormat menghormati amalam mulia.....hormat ok!
Kesopanan dan kesusilaan.....dua-dua sekali mesti ada, ok!

Seorang hamba ini...berpangkat, berjawatan...senang cakap VVIP la. Adalah seorang hamba ini datang berjumpa di pejabat VVIP ini untuk minta bantuan, orang luar yang berstatus selebriti....tak kisah lah jika VVIP ini minat kat selebriti ini atau tidak....atau memang sikap VVIP ini memang seorang yang baik hati...tak perlu lah sampai offer selebriti ini duduk dikerusinya!

Bukan niat nak mengata, dengki atau cemburu....tapi tengok lah! Orang kita sendiri begitu baik hati buat lagu tu.....nak jer tanya, kalau makcik / pakcik dari kampung datang, dapatkah sampai ke pejabat VVIP itu? VVIP tu bagi ke makcik / pakcik ini duduk dikerusinya!

Ini yang dinamakan kita sendiri dah ajar orang pijak kita! Nasib baiklah, selebriti ini memang seorang yang down to earth...bukan jenis besar kepala, bukan jenis nak mintak yang bukan-bukan lagi selepas itu.

Ingat...sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Bagi sikit, lama-lama sikit itu jadi banyak! Nanti macam-macam lagi orang pijak!


# smiley carian di google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.