Sabtu, 6 September 2014

Apa Ada Pada Pakaian





Tengah layan TV Hijrah....terdengar soal jawab sembahyang di rumah bukan Islam.

Saya pernah sembahyang di rumah rakan saya yang bukan seagama dengan saya. Saya mintak kebenaran...saya tawakkal dari segi kiblat. 

Saya juga pernah makan minum di rumah rakan yang tidak seagama dengan saya. Beberapa hari selepas itu, rakan saya itu bersuara...katanya, dia hairan, saya yang berpakaian begini ;) menyentuh makan dan minum di rumahnya sedangkan yang sorang lagi (rakan saya juga) yang pakaiannya memang singkat tak menyentuh langsung...air pun tak minum!

Saya senyum saja....nak sedapkan hati rakan saya itu saya kata, orang tak sama.

Apa ada pada pakaian :)



# photo dari carian di google

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.