Khamis, 18 September 2014

Aku Pakar Motivasi

Layak kah aku?


Tetiba rasa nak tulis isu ini, sebab tadi member cakap....'ko selalu kasi aku semangat, kasi aku motivasi'. Saya rasa biasa-biasa saja....tak der pulak rasa bangga atau kembang bila orang cakap macam tuh pada saya. Dan dia pula bukanlah orang pertama yang cakap macam tuh ;) Dah ramai dah. Pada awal tahun ini, adalah saya sembang dengan seorang pakcik....dia ada PhD dalam psikologi, dia pun cakap benda yang sama....'you boleh jadi motivator la'! Idak la lama saya kenal pakcik tu.

Apa pendekatan yang saya guna....tak banyak, sikit jer

Mendengar dengan hati
Orang boleh nampak keikhlasan kita bila kita mampu mendengar dari hati kita.

Jadilah seorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak
Jika dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap orang lain, tak perlu kutuk mana-mana pihak dulu. Teruskan mendengar. Bila tiba masanya kita rasa dia yang tak betul....kita memberitahu dengan cara yang tidak menyalahkan dia atau mengutuk. Jika kita rasa tindakan pihak yang satu lagi yang betul....kita bagitau dia.

Tahu bila nak bertindak
Kita mesti tahu bila kita perlu bertindak agresif dan bila tidak. Dan kita mesti tahu, bila juga kita kena buat tak tahu!


Kita mampu kuasai 3 skill yang dinyatakan jika kita memang niat untuk menolong.


Berikut antara pengalaman saya

Masalah suami isteri 
Si suami ada perempuan lain. Saya ada dengar dari rakan-rakannya tentang hal dirinya tetapi saya tidak pernah bertanya (itulah saya) sehingga dia sendiri bukak mulut dengan saya. Masalah pada diri dia ialah terlalu sayangkan suami dan dia rasa dia tak boleh hidup tanpa suaminya itu. Saya nampak 'suami dia baru nak kenal dunia', ye lah muda-muda dah berkahwin. Yang dia pula,'ada sikit queen control', banyak keputusan dalam rumahtangga adalah kehendak isteri. Nak jadi cerita, suami baru naik pangkat....ha, masa nilah suami dia buat hal. Ye lah, muda-muda dah pegang duit banyak...kena pulak isteri dominan. Memang kena buku dengan ruas! Bertahun saya mendengar dan memberi pendapat saya. Boleh dikatakan hampir semua pandangan saya tidak dia turuti! Tetapi dia masih mencari saya. Dan bila dia datang bercerita saya tak pernah tolak! Sampai bila saya harus mendengar........sampai masanya, saya rasa....dia perlu berdikari. Saya tidak lagi mendengar dan rasanya tak perlu mendengar lagi ;)


Masalah pekerja dengan majikan
Si pekerja meluahkan rasa tidak puas hati kepada saya akan bosnya yang banyak sangat mengacau! Itu ini....cuti-cuti pun dok whatsapp dia, cuti pun kekadang suruh dia datang kerja, dia kena balik lewat. Dia sampai hilang mood nak bekerja. Dalam hal ini saya nampak, kedua-duanya ada kekurangan. Yang pekerja, jenis 'orang nak kena paham masalah dia saja, seorang yang moody dan yes bos (tapi belakang lain). Yang bosnya pulak.....kenalah paham, staf makan gaji dan hormatlah masa cuti dia. Kekadang bosnya, benda kecik pun nak kena betul sampai 10 kali....mana pekerja tak tension. Saya pernah kata kepada pekerja itu....ko kena boleh cakap 'apa yang ko rasa patut dan tak patut' kepada bos ko, jangan simpan...sebab benda tu kontra dengan apa dalam hati ko, dah lah ko tu jenis moody. Masa ko cuti bagi tau bos ko, kalau boleh jangan ganggu melainkan betul-betul urgent. Kalau ko hari-hari balik kerja lewat...ko letih, esok kena datang lagi...dan ko bawa perasaan itu...tu yang jadi tak dak mood sepanjang masa. Pergi ambik cuti untuk rehatkan minda.  Saya kata lagi, jangan ikut macam saya sebab saya ni hati kering (malas nak tau benda-benda remeh nih)...ko tak.


Masalah pelajar dalam belajar
Ramai pelajar saya kata mereka mudah faham apa yang saya ajar sehinggakan ada yang nak saya mengajar subjek yang bukan bidang saya. Permintaan itu saya tak boleh nak tunaikan sebab dah memang bukan bidang saya....saya tak boleh ajar subjek engineering...itu bukan bidang saya ;) Mereka selalu kata, ada saya mereka rasa konfiden dan selamat. Saya juga selalu bagi tips bagaimana nak belajar. Dengar saja saya mengajar tak cukup, kena ada aktiviti untuk mereka berfikir, menulis dan bergerak (jika perlu). Ajar pelajar untuk berani bercakap tentang apa yang dia tahu tentang subjek itu....biasalah mereka, kadang-kadang mereka 'takut' salah, tu yang senyap dan memilih untuk mendengar saja. Sebagai yang mengajar, perlu bergerak juga....kalau nak menulis di whiteboard, gunakan warna yang berbeza untuk memberi pelajar ingat apa yang dia belajar. Suara kita pula, ada kala perlu perlahan dan ada kala kena kuat.


Mmm....cukupkah penerangan di atas untuk melayakkan saya jadi seorang pakar motivasi! Haha...belum cuba, belum tahu ;) Dah cuba pun, banyak kali dah tapi tidak digunakan sebagai mata pencarian ;) Kalau nak buat duit....hantar saja profile saya kan...pastu charge lah servis. Cehh...cakap pandai, Ijazah / Sijil dalam bidang seperti psikologi / motivasi pun saya tak der ;) Attend siminar motivasi pun tak pernah!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.