Jumaat, 29 Ogos 2014

Snowy & Sam Satu Bapa?

Mungkinkah?
Sebab bulu hampir sama.
Perangai....dua-duanya manja tetapi Snowy ada sikit sengal!
Mata, Snowy lebih jelas biru dari Sam....
Sam datang ke rumah saya semasa kecil dan begitu ramah sekali...asalnya tak nak ambil tapi Sam tak berputus asa, asyik nak masuk dalam rumah kitaorang saja.
Dari segi saiz badan, Sam kecil sikit dari Snowy.
Snowy lahir dari ibu si Yellow lebih kurang setahun selepas Sam hadir dalam hidup saya. Sam, tak tau sapa ibunya.
Orang kata, kucing kalau sekali bunting, boleh lebih dari sekor bapa kucing!
Saya rasa...ini bapa mereka! 



Kucing ini pernah lepak di rumah saya seharian! Masa tu Yellow belum muncul dalam hidup saya, mungkin kucing peliharaan jiran, sebab nampak macam terjaga. Entah merajuk dengan tuannya kot...tu yang mai lepak dekat rumah saya! Petangnya dia hilang! Saya ada menulis berkaitan meow ini masa mula-mula saya ada blog ;)

Mai tengok Sam & Snow...diaorang sama kan! Ada persamaan juga dengan si bapa kucing di atas.

Yang ni Sam (gambo masa dia kecik)

Ini pula Snowy. Sbowy lebih mirip kepada bapa kucing tu kan! ;)

p/s : saya kekadang bahasakan meow 'diaorang', kawan saya kata 'diaekor' ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.