Ahad, 3 Ogos 2014

Raya : Apa Yang Luar Biasa?

Raya?
Ku pulang ke kampung.
Rutin?
Seperti biasa.....kucing ku bawa bersama.
Ziarah?
Orang yang sama....saudara mara, selebihnya ku duduk di rumah saja.
Makanan?
Sudah semestinya laksa penang...itu yang ku pulun dan sudah 3 raya berturut-turut, soto  menjadi menu di raya ke 3 atau 4.  





Kucing?
Tempatnya di dalam bilik tidurku saja....kucing mamaku, tak duduk diam....ada bau katanya! Kucingku asyik ajak ku sembang, asal ku masuk bilik tidur...mereka meow meow dan meow seolah-olah berkata....jom, kita balik! Tambah haru, semasa perjalanan pulang (selepas 4 hari di kampung) Simba terlepas dari begnya.....pandai dia bukak dan snowy bising tak henti-henti, jalan pulak sesak....tu dia meow meow meow saja lagu yang ku dengar sehingga sampai ke rumah ku. Kucing pulak, ku lepas saja dari carrier, mencari air dan nah ambik pengsan sampai esok hari....penat katanya.

Raya tahun depan?
Ku fikir untuk ku tinggal saja di rumahku...ku kurung saja dalam bilik, pastikan makan minum dan pasir berak mereka cukup untuk mereka selama mana ku tiada. Apa pro dan kontranya? Membawa mereka pulang bersama mengambil masa hampir 2 jam untuk mengemas.....mengemas barang-barang mereka & nak load dalam dan keluar kereta, mengemas bilik di kampung untuk pulang ke sini. Dan jika ku tinggalkan....kos ada lebih sikit dari segi menyediaan pasir berak mereka...kena letak banyak tempat! Dan bila ku pulang ke sini, mmmmm....nak kena mendobi bilik kurungan mereka! Abis? Apa saya tindakan yang bakal di ambil akan menambahkan kerja ku dan kedua-duanya adalah tidak selesa untuk kucing ku kerana mereka sudah biasa bebas dalam rumah, tidak di kurung....dan jika ku bawa mereka pulang bersama sekurang-kurangnya dapat ku lihat mereka hari-hari :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.